Wednesday, January 30, 2013

aku nak kembali pada zaman silam aku







Slimnya aku time ni..sekarang aku nak diet, Insyallah kembalikan berat badan aku..

Kekeliruan Dalam Diri


Setiap hari aku mencarimu, semalaman aku mengenangkanmu. Marah, resah, gelisah bermain di fikiran aku. Sukar untuk aku lelapkan mata. Aku faham, kau di dalam dilema. Terlalu sukar untuk kau membuat pilihan hidup kau. kau tetap dengan pendirian diri kau itu. Aku jadi keliru dengan sikap kau, aku tidak boleh memaksa diri kau untuk berubah tapi kau dah bagitahu aku yang awal2 lagi kau akan tetap macam itu sampai bila-bila.  aku  tidak ingin keliru lagi. Pilih yang mana terbaik untuk diri kau.




aku tak tahu sama ada betul ke tidak tindakan aku ni..tapi yang pasti..aku tau itu sinar yang meyinar hidup aku.






Saturday, January 26, 2013

La la la kerja

Assalam. malam tok aku maok kelaka Srawak dalam blog aku tok. Percutian aku rasa macam best jak. Sampey di rumah kakak aku lebih kurang jam 1 suku petang marik..lepas makan2..lepak jak di rumah. lebih kurang kul 5, kakak aku nok sulong ngajak di Sungei Petani. Jejalan di sia. layan jak. kul 6 kamek urang gerak duak buak kreta. smpay di SP ya, lebih kurang kul 7.45. Magrib di suro Petronas. gak ya, terus g SP, mula nya maok g shopping, tapi nagga sidak ya lelah dah ya travel jauh gilak tek, ubah plan .g makan ikar bakar di Jeti Merbok.tempat ya banyak kenangan aku dulok2. hahhaa..bergerek nga biak Sabah, kacak juak gerek ya. cney pergi nya kitek tok ahh..dulok ada nya call aku, masa ya nya di Singapore. Siap2 makan , kamek urang gerak balit kul 10 lebih..sampey di Grik lebih kurang kul 12 lebih. n tido..

Pagi tadik, nya mesej aku kul 4 lebih..mesej sampey subuh. hahaa..lom penah aku mesej seawal ya..nya bangun2 tido terus ingat aku n mesej aku. : ). Lepas subuh aku tertido sekejap, sedar masa ya mesej aku, madah maok gerak g kija. so aku bangun mandik, n srapan dengan family aku. pulut ikan masin. Lepas srapan, kamek orang pergi pasang lampu kreta kakak di kedey dekat rumah. Siap dekat kul 11. lepak2. makan makan tengah ari. Lepas solat jumaat, aku gerak. yang lain gerak juak. gerak balit kampung. Aku sampey di rumah tok jam 7 suku tek. Sampey di Manjung jam 5.30 tadik gik. Singgah di Tesco lok tadik, ngagak gerek aku dulok tadik..Madah lamak sik temu. aku embak kopok nok nya mintak riya. Lepas solat, aku tunggu nya..aku nunggu di food court. aku hairan, pa kenak lamak gilak sik sampey2 tok. kadi aku pergi carik nya di tanggak. tetiba nya ada di depan aku. terkejut aku..aku udah jadik serba salah. ya la ya, aku bising-bising dalam telepon tek nga ya. madah iboh molah gik kija ya..kija ya, sidak nya bukan tangga hari tok juak. apa2 jak la aku bising nga nya tek..hhuhuuhu. kamek urang makan sesama..gakya. embak nya pergi ambik kopok dalam kreta..

Malam tok, rilex2 lok..n bersih nyuci kreta aku lok..gakya, masuk bilik, maok tido..ngatuk dah pokk..badan agol..

ok la pok..slamat malam sidak blog semua..kelak aku update gik ..

p/s : rinduk kat sidak Kuching...


Wednesday, January 23, 2013

Awek Lama aku

Pertama kali aku nak tunjukkan gambar bekas kekasihku..ahhhhh..Dia sudah darhaka pada aku, aku sumpah dia jadi tembaga besi..hahhaa..sekarang dia berada di Songkla, Thailand.

tak sempat pakai baju..


 Selamat tinggal dear, kan abang datang melawat yea




Bangkok

Ku dipaksa, Kau terpaksa

Assalammuaikum ssalam diberi dengan ucapa selamat pagi semua. Sudah beberapa hari aku tidak updater blog ni. Sekarang ini aku sedang bercuti di kampung halaman aku, di Pasir Puteh, Kelantan. Sepanjang aku balik kampung ni, hujan memanjang saja. Kepulangan aku kali ini dengan hati yang retak, apa yang telah membuat hati Khairil ni retak..Ahhhhhh..

Aku gerak dari Manjung Sabtu, singgah di Grik, call kakak aku, dia cakap dia masih kat luar, jadi aku singgah dulu di kedai kereta. aku pasang Sport Light kereta aku..Kasi terang sikit..Malap je rasa kalau drive malam. Selepas selesai, aku terus ke rumah kakak aku yang tidak jauh dari kedai tu dari. aku lepak-lepa, tertidur la pulak. Abang ipar aku minta aku tidur semalaman di rumah dia. Aku setuju..

Pagi esokkannya, baru aku gerak, sampai di Pasir Puteh jam 12.10, aku singgah di pasar  untuk beli makanan untuk di bawa balik ke rumah. Petang aku pergi rumah mak-mak saudara, bertanyakan kabar. Kebetulan ada majlis kenduri pada malamnya tu.

Isnin, aku, ayah, mek dan kak nor, gerak ke Pasir Mas. Hati aku lebih berdebar dari nak akad nikah dulu. Sampai di sana pukul 8.20. Kelihatan mak mentua aku ada di bangku, bini aku, bapa mentua tiada. aku salam dengan mak mentua aku dan terus ke kauter pendaftaran. Ramai juga yea pasangan untuk di adili ni..
Kami semua di panggil masuk. makin berdebar-debar, aku perlu bertenang. Tenang yea Khairil. Aku tidak tengok langsung pada muka bini aku. Nama kami di panggil..Dia masih tetap dengan keputusannya untuk diceraikan. aku nekad tidak mahu diceraikan. Dia cerita yang di menderita sakit jiwa disebabkan kes ini. aku mengambil jalan untuk melepaskan dia dengan cara Tebus Talak. Bukan wang ringgit yang aku mahu kan tapi aku nak tahankan rumahtangga kami. Aku sayangkan dia tapi dia dah tak ada rasa sayang lagi pada aku,  aku tidak boleh memaksa orang untuk sayangi diri aku ini. Kes ini ditangguh pada 3hb Feb depan.

Lepas keluar dari Mahkamah, aku tidak toleh lagi ke belakang. aku terus masuk dalam kereta. Kelihatan mentua aku, dan bini aku bersalam salaman dengan mek dan kak nor. Selepas itu, kami ke Kota Bharu, shopping ler pe lagi...perut lak terasa lapar, seperti biasa, kami pergi makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu yang terkenal dengan menu masakan kampung dan ulam ulamannya..

Facebook aku, aku dah serahkan kepada PA aku untuk ubah dan buang semua gambar-gambar yang ada kaitan aku dan bini aku. Tapi PA aku ni salah guna hak ni.Dia pergi check 1 per 1..Mesej, pe semua di checknya. sampai list orang yang aku block pun dia check juga. Terbaik la PA aku ni..ehhhhh..Aku panggil dia PA, mesti dia minta gaji dengan aku lepas dia baca blog ni..ahhhhhhhhhhhh tidak...PA ini aku akan bagi batery dan mentol je, sebab dialah yang banyak memberi cahaya dalam hidup aku selama ni. Jadi untuk terangkan lagi cahaya tu, aku tambah lagi voltan dan mentol cahaya, biar lagi bersinar..hehehhehehehehhehe
Jangan marah cik PA.



Apa yang aku rasa sekarang ni, aku rasa lega, seleganya...Setenang kedua-dua gambar ini..Ini gambar lama..

Khamis ini kami sekeluarga, pergi ke Grik, rumah kakak aku, ada majlis makan-makan dan selawat sempena bulan kelahiran Rasulullah s.a.w. dan masuk rumah barunya..

Khairil, what your next plan? Pagi ini, kakak aku ajak aku g shopping jap dan aku nak g beli kopok sira kat PA aku.  Dia suka sangat makan kopok sira tu.Happy together..

Thursday, January 17, 2013

Ending

Pagi ni...aku bangun dengan lemah, semangat aku kian luntur. akan tetapi aku gagahkan diri aku demi mencari rezeki dan amanah yang diberikan. Di tempat kerja.aku berkerja seperti biasa, aku tidak libatkan masalah aku dengan kerja. Cuma kadang-kadang hati aku menjadi sangat sensitif. dan aku cuba control perasaan itu di tempat kerja. Cuma balik dari kerja tadi, aku Hafis hingga makan di tempat biasa, Masa tengok tv, kedai tu seperti biasa akan tayang tv3, kul 7 lak ada cerita Hingga Hujung Nyawa. Cerita agak sedih juga, Seorang suami sukar untuk maafkan isterinya atas sebab isteri pernah terlanjur dengan kekasih lama dan kekasih lama selalu ingatkan isterinya itu. Tapi last sekali, suami itu dapat maafkan isterinya..Aku duk fikirkan. nape isteri aku terlalu susah untuk maafkan aku, sedang kesalahan aku buat tidak seberat mana pun. Masa tengok tv tu, aku tahankan diri supaya tidak mengalir air mata di dalam kedai makan tu.Masuk je dalam kereta, air mata aku mengalir laju tanpa pedulikan Hafis di sebelah. Hafis tenangkan diri aku. Balik rumah, aku rest dan call D, menangis sekali aku tapi D tanya aku nape aku nangis. aku xleh jawap. tapi aku tau D sudah faham dan tau sebab apa aku menangis. Aku menangis memikirkan hal isteri aku. tertanya-tanya diri aku seorang diri. sape yang bawa isteriku ke mahkamah untuk tindakan kes ni selanjutnya sedangkan mentua aku sendiri tak tahu akan hal ni. Sabtu ni, trip aku balik kampung untuk selesaikan  Aku berjalan sendirian Mengutip dosa-dosa silam, aku meniti perjalanan yang jauh dengan penuh air mata di pipi. menghitung hari perbiacaraan. Biarkan aku sendirian, walau tiada arah tuju aku temui, hanya Yang Maha Esa tempat aku mengadu. 
D banyak tolong aku. Aku bertuah dapat kenal dengan D. Dia banyak memberi aku semangat untuk aku. Cahaya itu ingin aku capai dengan tangan, mampukah aku capai cahaya itu. Aku sedar dalam perjalanan untuk capai cahaya itu, penuh dengan dugaan dan duri yang bakal aku tempuhi. Tetapi jika aku ambik keputusan untuk mencapai cahaya itu, aku terus hidup dalam keadaan kegelapan. Berapa lama harus boleh bertahan hidup dalam kegelapan sebegini? Aku mesti mencapai cahaya itu. Nekad hatiku. 




Doakan aku supaya dapat capai cahaya itu

 dengan tenang agar cahaya itu tidak terpadam.

Can't Sleep

Assalam dan selamat malam ..aku tadi dah ready untuk tidur dah..dan dah terlelap dah..dalam sedar tak segar, D call aku, dia nak bercakap dengan aku sekejap..aku xpenah bagitahu kt dia yang aku ni kalau dah terjaga dari tidur dan nak tidur balik..ahhhhh memang susah jugak ler..tengok mata dah jadi segar dah, nak tidur tak dapat lagi.aku tak salahkan dia. Aku sangat suka caranya..kalau dia baca ini, mesti dia tersenyum dengan sendiri or wat mulut OOOOOOOO dia...hahhahha..

. Hari ni hari yang sangat busy..petang tadi, dapat meseg ym dari kawan lama yang lost contact. bertanyakan kabar aku dah wife aku. tidak ada pa yang aku harus rahsia darinya, sebab kami dah lama berkawan cuma dah dekat 2 tahun lebih tak contact. so aku cerita la kat dia serba sedikit, aku tak ada masa nk crita detail so aku bagi link blog aku ni..dia doakan kami bahagia..lalallalallaaaaaaaaaaa.amin amin...

Balik dari kerja, lepak minum kat KD Rahmat, makan ABC dengan Hafiz dan Pejal, dekat magrib aku dengan Hafiz terus ke Tesco untuk solat dan beli barang..aku tak tau nk beli barang apa..Hafiz tengok Note II..Jalan-jalan tersinggah kedai Takasima...Tertarik dengan duta Takasima..Amy Mastura...oooo tertarik tidak sama sekali..tengok punya tengok, aku beli ler Eye Massager..Tengok modelnya saje dah cukup menyegarkan mata..hahaha..belom gunakan Eye Massager itu lagi kan..taktik pengeluar sekarang.selalu gunakan model yang segarkan lagi cucikan mata para pengguna terutama lelaki..hahhahhahahhahaa ( gelak nakal). Apa pun memang segarkan mata setelah pertama kali menggunakannya.



ahhhhhhhhhhhhhhh..dekat jam 1.00 pagi dah, nape aku tak mengatuk lagi ni..sesekali aku baring tadi, teringat dan terfikir akan masalah yang aku hadapi ni..aku tarik nafas panjang.. ahhh aku cakap, aku tak boleh duk dalam bilik...aku g bawah wat air dan jemur pakaian aku..patut isteri aku yang jemurkan pakaian itu semua. Sabar je Khairilll wooooooooooooooiiiiiiiiiiiii..Kau seorang yang tabah. (Adakah ini salah satu ayat untuk menyedapkan hati dengan resepi 3 rasa)...

Apa yang akan berlaku, Allah sudah tetapkan semua..Tidak ada satu benda yang bergerak sendiri di alam ni tanpa izin dari Yang Maha Kuasa lagi Maha Besar..


Sekarang tiba masanya, untuk aku cuba lelapkan mata aku. Badan penat tapi mata pula buat hal, tak nak ngatuk lagi..Esok siapla kau wahai mataku kalau kau menangtuk masa aku nak buat kerja..

Jika aku lelapkan terus mata aku untuk buat selama-lamanya. sampai pesanan ini kepada isteri..Aku dah maafkan dia. aku ampunkan dosa-dosanya terhadap aku, cakap yang aku redha apa yang dia buat pada aku. Aku halalkan makan minumnya.

Mata ooo mata kiri dan kanan, jangan kau mengalirkan air mu yang terlalu berharga itu. Jika kau alirkan air untuk megenangkan dosa-dosa yang lampau, itu adalah lebih baik. Terhapuslah dosa-dosa yang lampau itu dek kerana mengalirnya air mata.

Mohd Khairil Izwan Mat Nor..tidur la Engkau dalam senyuman dan dalam hati yang tenang..moga esok dipermulaan harimu penuh dengan keceriaan...

Tuesday, January 15, 2013

Perasaan bercampur baur


Hari ini, Selasa, lagi 7 hari lagi untuk aku tempuh benda yang tidak penah aku duga dalam hidup aku. Jalan hanya ada 1 sahaja, jalan itu penuh dengan duri-duri tajam, kaca, bisa dan macam-macam benda yang berbahaya. Di penghujung jalan ada satu permata yang bersinar. Permata itu sinar kian bersinar, dan perlu di gilap lagi dan lagi agar ia terus bersinar. Tapi  sinar itu oerlu ada cahaya untuk di sinari.




Gilllllllaaaaaaaaa..pe yang aku tulis ni...tak penah jadi camni..otak aku berpusing ligat...memikirkan hal yang akan aku lalui minggu depan..pe yang aku nak cakapkan nanti..pe yang aku berlaku nanti..sape aku ni? kat mana aku berpijak sekarang ni//ni bumi yang nyata or mimpi semua ni ke? apa yang aku akan aku hadapi ni adalah satu ujian yang amat berat bagi yang lemah macam aku ni..tapi selemah mana pun aku, aku perlu tabahkan diri aku, aku perlukan ceriakan diri aku, agar orang disekeliling aku turut ceria bersama..kita hidup bermasyakat. Masalah yang ada, jangan di heboh-hebohkan..ceria yang ada pada diri kita, perlu kita kongsi-kongsikan..

Penat aku, bukan pada fizikal saja tapi minda aku terlalu penat. Aku perlu ambik cuti aku nak rest..bercuti di tempat yang sejuk...ada air terjun..boleh mancing ikan..wat unggul api tepi sungai..bermalam..haaaaaaaaaaaaa, bestnyaaaaaaaaaa...


Monday, January 14, 2013

Cukup Cukup Sudah

Assalam ..hari ini aku bangun lebih kurang jam 6..sambil dk ambik mood untuk pergi mandi, aku dikejutkan dengan panggilan daripada Sinar, kejutkan aku..:). Pergi kerja macam biasa la. Macam-macam hal di site. Manpower lambat. huru hara aku rasakan project ni. Ahhh, kadang terlintas di fikiran aku pasal tarikh 21hb ni yang semakin hampir. Genap 5 bulan perkahwinan. Kahwin 22hb Ogos 2012, Baru mahkamah 21hb Januari 2013.

Indahnya perkahwinan tu tidak penah aku rasainya. Berat ujian yang Engkau berikan padaku ni Ya Allah..

Ya Allah, jika Siti Amirah itu jodoh aku, Kau selamatkanlah rumahtangga aku ni Ya Allah, Kau satukanlah hati kami berdua seperti Kau satukan hati Adam dan Hawa, Kau rahmatilah kami Ya Allah. Kau berkatilah kami ni Ya Allah. Kau permudahkan urusan kami Ya Allah..

Ya Allah, jika Siti Amirah tu bukan milikku, Kau bawalah dia pergi sejauh-jauhnya dari ingatanku ni Ya Allah, Kau pertemukan aku dengan orang yang lebih baik dari dia Ya Allah. Kau bahagiakan dia lebih daripada aku bahagiakannya sebelum ini.

Sungguh berat hati aku untuk membuat keputusan ini, tapi aku harus terima yang dia sudah tidak ada rasa sayang lagi pada aku. tidak ada rasa kasih lagi pada aku. Kalau ini salah satu ujian dariMu Ya Allah..Aku pasrah, Aku akur dengan ketentuan ini..Aku doakn dia ditemukan orang yang dia idamkan selama ini.



Tabahkan hati hambaMu ni Ya Allah. 
Dalam paksa aku terpaksa lepaskan kamu pergi.



Sunday, January 13, 2013

Apa sudah jadi ni KhairiLLLLLLLLLLLL

Assalam dan apa kaba rakan bloger. Hari minggu yang suram. Sabtu tidak apa yang aku nk buat. melepak di rumah dan tengok tv. Tergerak hati untuk aku mesej mentua aku bertanya kaba dan bertanya di manakah isteri aku sekarang ini. Mentua aku cakap isteri aku ada di kampung. Terkejut juga aku dengan berita itu, yealah, mentua aku dah sedia tahu yang aku dengan Amy tidak berhubung dan dia diamkan diri aku, sekurang-kurangnya mentua aku bagi la berita yang Amy dah balik kampung kat aku..Ini tak, dia pun diamkan diri juga. Aku tabahkan hati dan berfikiran positif. Malam tu terus aku mesej Amy bertanyakan kabar, macam biasa dia memang tidak menjawap mesej aku. Call lagi la tidak jawap. hati dia memang dah tidak ada langsung pada aku. Pagi, aku bersih aquarium aku, time aku tengah bersih, tiba-tiba retak lak..aku beli silicon untuk repair aquarium aku tu. Sementara tu, terpaksa aku ikan aku check in kat tempat lain dtulu. sabar yea ikan-ikan aku sekalian..Ini sementara je yea..Silicon kering sepenuhnya selepas 48jam.

                                                   Aquarium Sementara Ikan aku


                                             Silicon pada Aquarium in Progress




Teluk Seringin, Perak.

Pantai Teluk Seringin.

Aku tidak dapat tidur..layan tv, baca blog..dan tengok gambar-gambar yang g jalan-jalan minggu lepas..Tengok gambar-gambar, terasa tenang di hati. Walau laut bergelora, tapi tenang hati tengok kejadian ciptaan Allah yang Maha Esa. Lama melepak di tepi pantai..mencerita pelbagai cerita di tepi pantai.kan best kalu boleh lepak sampai malam di tepi pantai, tapi apa kan daya, Sinar hanya boleh bersinar di siang hari saja, malam hari Sinar itu xboleh bersinar. Sinar itu dijaga rapi. o Aku tidur jam 3.30 pagi.

Ahad, bangun awal. kuar g beli kuih dan paper..lepak di bawah tengok tv..lebih kurang jam 12 lebih aku tidur. time aku tidur.  Jam 3 baru bangun. Lepas asar aku kuar g makan..Sorang diri. Teringin nak makan sup ayam..sampai di kedai..ubah fikiran nak makan sup dading pula..Makan sup daging bersama Kailam Ikan Masin dan teh 0 limau manis. air kegemaran aku. Aku balik rumah masa orang tengah azan Magrib.
Lepas mandi dan solat..Kak Nor call, dia bagitahu surat mahkamah sudah sampai. Surat tuntut cerai dari isteri aku sendiri. 21hb Januari ni. Mak aku minta aku balik 19hb, balik awal, supaya aku boleh cool down diri aku. Aku nangis masa Kak Nor call td. mak aku minta aku lepaskan saja Amy, dia cakap anggap la jodoh kami ni tak panjang. Sepuas-puasnya aku nangis tadi.




Terima kasih kepada Sinar aku yang sentiasa memberikan aku semangat.

Saturday, January 12, 2013

Sinar Cahaya


Sinar cahayaku, kini kau menghilang meninggalkan aku sendirian. Rindu pada hati ni tak dapat aku sembunyi lagi..Aku tak pasti bila kita akn bertemu semula, setelah pertemuan kita dihalang. Kau tau tak, malam aku dingin tidak mendengar gelak tawa, riuh kau..Sinar cahaya, kini aku merasakan kehilangan kau, kehilangan tawa mesra itu. Terus terang aku nyatakan yang hati aku tidak sanggup lagi kehilangan orang yang aku sayang dalam diri aku. tapi demi ikatan kasih ibu dan ayah kau, aku sanggup untuk lakukan semua ini. Biarlah aku korbankan sesuatu demi kebahagian kau. Aku di dalam kekeliruan. Tidak dapat membuat keputusan dengan tepat. 

Buat masa sekarang ni begitu tenang apabila aku melihat sinar itu menyinarkan cahayanya. Menerangi kegelapan dan ceria persekitarannya. Aku tidak pasti sampai bila sinar tu boleh memberi sinar cahaya di dalam hidup aku. 


Wednesday, January 9, 2013

Mencari sinar yang hilang


aku mencari sinar yang menerangi gelap malamku, agar malamku diterangi cahaya untuk menceriakan hidup aku. Aku percaya yang suatu masa akan ada sinar yang akan menyinar hidup ini. Harapan yang tinggi terus aku harapan dan ketika ini sinar itu hanya datang seperti sinar pelangi yang indah sangat. Sinar pelangi tu membawa serinya dalam hidup aku, membuat aku kembali ceria setelah hujan melanda. Namun aku sedar sinar itu hanya sinar pelangi, sinar yang tidak akan kekal. Setiap saat dan ketika aku nikmati sepuas-puasnya sinar itu sebelum ia pergi begitu sahaja. Seketika waktu nikmati sinar itu, tak terasa saat itu berlalu. Sinar itu akan pergi juga walau aku halang sekali pun.


Tuesday, January 8, 2013

Memikirkan jawapan tepat

- Bangkok 2010-

Suatu ketika dulu, aku seorang yang ceria. bebas dan aktif dalam kehidupan aku. Gelak tawa aku membuat orang sekeling aku turut ketawa riang. Itu suatu ketika dahulu, kehidupan aku seperti berpusing 360 darjah sekarang ni. aku kerap bersendirian, bersedih, memikirkan masa depan yang aku lalui. Ujian yang aku terima. tak pasti di penghujung keputusan yang aku akan buat. Aku kena lepaskan antara 1, aku tak boleh ambil kedua-duanya. Yang pasti aku nampak jelas di depan aku, dan yang 1 lagi gelap tanpa sedikit pun sinar cahaya. Binggung aku memikirkan keputusan yang aku harus buat dengan tepat. Aku tak mahu sedikit kesilapan dalam membuat keputusan, kesannya berpanjangan sampai hujung nyawa.

Aku harus membuat keputusan dengan cepat dan tepat demi masa depan aku di dunia dan di akhirat. Aku sangat mengharapkan Tuhan memberi aku pentunjuk yang jelas dan membantu dalam membuat keputusan ini. Aku tidak boleh memikirkan diri sendiri sahaja. Aku harus memikirkan juga akan orang di sekeliling aku juga. Semua tu aku kena ambil kira, semua itu aku harus jaga hati semua pihak, sebab aku bukan hidup di dunia ini seorang diri. Aku mesti memikirkan pasal keluarga aku juga. Apa pun keputusan yang harus buat dan beri jawapannya, harus harus tabah dan berani dalam membuat keputusan.

Ya Allah tolong la hambaMu yang lemah ini dalam membuat keputusan.


Sunday, January 6, 2013

Teman Pengganti


Jom sama-sama layan lagu ini..

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Thursday, January 3, 2013

K.H.A.I.R.I.L

Mohd Khairil Izwan nama diberikan oleh kedua ibubapaku saatku dilahirkan di sebuah bandar yang dikenali sebagai Pasir Puteh, Kelantan pada tanggal 28 Ogos 1986.
Ingat la Khairil..
KHAIRIL......tabahkan hatimu.jangan sesekali kau mengalah dan menjadi lemah.
KHAIRIL.....kau kena sabar dan terus bersabar hadapi ujian yang tak seberapa ni. Ingat, orang lain banyak lagi dan berat lagi ujian yang diterima. Kau punya ni pe la sangat.
KHAIRIL.....Jangan kau lupa berdoa minta dariNya..
KHAIRIL.....Selalu la berhubung dengan ibu bapa, selagi mereka masih ada.
KHAIRIL.....Selalu la berhubung dengan mentua kau. Jangan putuskan hubungan dengan mereka.
KHAIRIL..... Berbuat baik la dengan semua orang.
KHAIRIL.....Senyum bila dihadapi masalah.
KHAIRIL....Jaga solat kau Khaiiril.
KHAIRIL.....Jangan lupa telefon adik beradik kau Khairil.
KHAIRIL.....Nak buat sesuatu tu, bniat ikhlas yang pertama kali mesti ada.
KHAIRIL.....Berhati hati memilih kawan.
KHAIRIL.....Berhati-hati bila bercakap dengan seseorang.
KHAIRIL....Ringankan tulang untuk bantu orang didalam kesusahan yea Khairil.
KHAIRIL...Jangan sombong yea Khairil.
KHAIRIL....Ingat la Khairil yang dunia ini hanya kehidupan yang sementara sahaja Khairil.
KHAIRIL..walau di mana jua kau berada, jangan lupa asal usul kau.
KHAIRIL..Jangan ego

Tuesday, January 1, 2013

01.01.2013

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selasa, hari ni hari pertama 2013..sekejap je masa berlalu. Ada suka, ada duka, ada lara, ada gembira yang berlaku 2012. Apa yang aku nak sampaikan di sini, penutup 2012 aku penuh dengan duka lara. Mengajar aku untuk hidup lebih tabah. Mengenangkan si dia yang entah di mana hilangnya.

Aku kuatkan semangat dengan adanya keluarga aku yang ambil berat pasal aku, memberi semangat untuk aku teruskan saki baki hidup ini. Entah esok atau lusa aku akan pergi buat selama-lamanya. Dunia ini hanya pinjaman dariNya. Tak lupa juga kepada kawan-kawan aku yang sentiasa di sisi aku. Yang sudi mendengar luahan hati aku. Aku bertuah, sebab kawan-kawan aku setiasa ada bersama kau apabila aku perlukan tempat untuk luahan apa yang aku rasai. Rasa terlalu berat untuk aku pikul.

Tahun baru tiada yang istimewa sangat. hari ni aku aku bangun agak lambat. Semalam aku tidur lewat siapkan report kerja sambil ditemani kawan aku. Dia memberi sedikit aku semangat untuk kerja dan hidup ini. Sudi mendengar luahan hati aku, setiap kali aku berceritakan masalah aku padanya, air mata aku terus mengalir. Dia seolah-olah faham dengan masalah ni sebab kadang-kadang dia turut menangis bersama. Dah lama aku tak gelak tawa, bergurau senda, asyik fikirkan masalah dan sibuk dengan kerja. tapi aku sempat mencuri masa untuk bergurau senda bersama kawan aku tu.

Bangun pagi, aku bersihkan kereta. dan masak untuk makan tengah hari. Hari ni aku masak ayam goreng kunyit black paper kicap, macam pelik bunyinya kan..tapi tu la aku.aku suka mencipta resepi aku sendiri, mak aku akui dengan sikap pelik aku tu. dan aku masak telur dadar, dan last sekali, ikan masim berlada..

Lepas makan, aku rest jap tunggu zohor dan kuar tengok wayang dengan kawan aku. best dapat spend masa bersamanya, Lupa masalah kerja dan peribadi. Pukul 5 lebih aku balik rumah. Lepas solat asar, aku sambung siapkan report kerja..sebelum solat magrib, aku mengemas bilik, lipat baju-baju yang basuh hari ni dan yang minggu lepas, tak berlipat lagi. Malam ni dapat la aku rest sikit. Kerja dah siap.


Untuk sayang aku..sudah sayang. Sampai bila sayang nak diamkan diri dengan abang ni. Sampai abang tutup mata untuk selama-lamanya ke? Jika abang tiada lagi di dunia ni, sayang sedekahlah Al-Fatihah kepada abang setiap waktu solat sayang. Moga abang tenang di sana nanti.Kucuplah dahi abang sebelum kain kafan ditutup rapat. Kucup la sayang seperti abang kucup dahi sayang setiap kali kita selepas solat berjemaah.


2013, aku hadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dengan tenang.