Thursday, September 22, 2011

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur...

..

Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak akan tampak
wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda
saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di
wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda....
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai
tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin
mengingatkan dan
membebeli kita semata- mata
kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah
ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai. .sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami,
Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya...
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda. Pengorbananya amt bermakna
melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....
MOHD KHAIRIL IZWAN M.N."Remember that silence is sometimes the best answer"

Monday, September 19, 2011

Tip Naik Kereta

1. Ini perkara yang paling penting sebenarnya. Sebelum memulakan perjalanan, baca doa menaiki kenderaan dulu. Paling tidak pun, Bismillah dahulu. Kemudian nak baca doa dalam apa bahasa sekalipun, silakan.

2. Pemandu wajib berada dalam keadaan cukup cergas untuk memandu dalam keadaan yang mencabar. Mencabar bererti rohani dan jasmani harus bersedia dengan sebarang kebarangkalian menempuh kesesakan lalu lintas yang maha luar biasa. Leceh juga kalau mengantuk waktu-waktu macam ni.

3. Untuk mengelakkan rasa mengantuk, ada eloknya juga orang yang duduk di sebelah pemandu adalah jenis yang Deejay Radio, banyak cakap. Boleh juga buat teman sembang. Tapi jangan sembang jenis mengumpat pula.

4. Kereta juga harus berada dalam cukup cergas. Bukan setakat servis tukar minyak pelincir sama penapis minyak. Periksa juga lain-lain kompenan seperti keadaan tayar dan juga brek pad. Tayar simpanan pun kena periksa sama, jangan dianaktirikan.

5. Sebelum bertolak pulang ke kampung, pastikan tahap petrol berada pada tahap yang paling cemerlang. Buat isian petrol sebelum memasuki lebuhraya di kawasan yang berdekatan dengan rumah. Dah tentu dapat menjimatkan masa daripada nak kena beratur kalau mengisi petrol yang berhampiran dengan lebuhraya.

6. Jangan lupa juga membuat isian semula kad Sentuh & Pergi [Touch N Go] awal-awal. Jangan dah nak masuk lebuhraya, baru terhegeh-hegeh nak buat isian semula di kaunter tol. Tahukah anda betapa ramainya umat sibuk beratur waktu itu. Nak lebih afdal, gunakan saja Tag Pintar [Smart Tag].

7. Kalau yang jenis sukakan cara konvensional, pastikan anda menyediakan tiket tol dan duitnya sebelum menghampiri Plaza Tol. Ramai sangat yang suka bila dah sampai depan Kakak Plaza Tol baru terhegeh-hegeh nak cari tiket sama beg duit. Yang duduk beratur kat belakang nak membayar pun boleh tahan banyak keretanya.

8. Kalau dah beratur panjang sewaktu berada di Plaza Tol, jangan nak mengada-ngada menukar lorong. Anda hanya akan menambah sesak dan menyakitkan hati serta perasaan pemandu-pemandu di belakang.

9. Sewaktu memandu di lebuhraya, pastikan anda mematuhi had kelajuan kebangsaan. Kalau sesekali cecah 120 km/j kerana nak memotong kenderaan di hadapan, tak mengapa. Anda boleh dimaafkan.

10. Sewaktu memandu dengan laju di lebuhraya, cuba perhatikan sama kenderaan di hadapan dan yang lebih hadapan. Mana tahu, tiba-tiba tertekan brek kecemasan, sempat jugalah anda nak menekan brek sama. Tidaklah nanti sibuk penumpang sebelah nak kena brek pakai mulut.

11. Kalau anda jenis yang berduit lagi selepas Hari Raya nanti, silakan memotong kenderaan dengan menggunakan laluan kecemasan. Dengar kata, pihak penguatkuasa berpakaian preman bersepah waktu ni.

12. Memandu laju di lebuhraya memerlukan konsentrasi yang amat tinggi. Jadi jangan cuba-cuba memandu gaya sebelah tangan sahaja pegang stereng. Gila. Sebastian Loeb pun tak pernah buat macam tu.

13. Jikalau anda sedang memandu dengan had kelajuan kebangsaan dan berada di lorong paling kanan, mohon untuk beri laluan sekiranya ada kenderaan di belakang 8 batu lagi dah bagi lampu tinggi minta diberikan laluan. Jangan cuba jadi hero tak mahu beri laluan hanya kerana kenderaan tersebut dah mencapai had kelajuan kereta api laju.

14. Tali pinggang keledar tu jangan dah nampak sekatan jalanraya baru terhegeh-hegeh nak pasang. Tapi kalau anda jenis yang suka tercampak ke luar tingkat hadapan, tak pakai pun tak mengapa.

15. Bagi yang menggunakan Jalan Persekutuan, tahap keberhati-hatian amat-amat diperlukan. Diulangi, amat-amat diperlukan! Jalan Kuala Lipis-Merapoh tu memang selalu masuk carta kemalangan ngeri. Sekali kena, pasti masuk muka depan akhbar arus perdana.

16. Tolong juga sedar diri dan sedar kemampuan kereta. Kalau setakat memandu Saga FLX, bubuh pula rim sukan bersaiz sampai berbelas-belas inci, penumpang mengalahkan MPV jangan cuba pasang niat untuk memotong bas bersaiz dua tingkat di hadapan. Kalau dah bertembung dengan kenderaan di hadapan, nak ingat Wad Kecemasan pun tiada gunanya lagi.

17. Mana-mana kenderaan yang dah nak sampai kampung, sewaktu nak keluar masuk simpang, dengan rasa rendah diri saya memohon agar janganlah diacah-acah kepala kereta anda seperti hendak ke tak hendak keluar simpang. Kalau kenderaan lain masih lagi berada pada laluannya, berikan sahaja kerana anda yang harus mengalah. Jangan ikut amalan nak keluar simpang tapi kepala kereta terjulur keluar sampai makan setengah jalan.

18. Ada orang berkata, sewaktu memandu tu ingatlah yang tersayang. Sesekali tu, ingatlah sama insan yang ada tak berapa nak sayang, Doktor sama pemandu Ambulan misalannya.

19. Dalam kereta pastikan sekurangnya ada sebotol air mineral, bimbang kalau-kalau suhu enjin kereta mendadak naik tahap kepanasannya di kala menempuh jem yang menggila.

20. Kalau semua perkara yang di atas anda semua dan amalkan tetapi masih juga mengalami sebarang kecelakaan, anggap sahaja ianya takdir dariNya. Yang penting kena Redha.

Wednesday, September 14, 2011

lMOHD KHAIRIL IZWAN M.N."Remember that silence is sometimes the best answer"

Wednesday, September 7, 2011

Pak Pandir di Zoo


Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir terasa hendak buang air besar.

Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.

Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.

"Hmmm...baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah.

Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat agaknya".

Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"

Jawab Pak Pandir, "Ooohhh....itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!



"MOHD KHAIRIL IZWAN M.N."Remember that silence is sometimes the best answer"

Tuesday, September 6, 2011

Sayang Kenapa Cintakan Saya?



Bila ditanya dengan soalan "Sayang kenapa cintakan saya?". Sukar untuk menyatakan jawapan dalam ayat yang mudah. Tiada perkataan yang dapat diungkap untuk menjelaskan kenapa rasa cinta ini wujud.

Yang boleh dijawab, tidak tahu hendak memberi jawapan kenapa menyintai dan terus menyintai.

Jika pada masa mula jatuh cinta, jawapan mungkin mudah. Jatuh cinta pada rupa, pada tingkah laku, pada jenaka, pada budi bahasa, pada apa jua yang menarik yang sebabkan tertarik. Hati sentiasa ingat, makan tidak lalu, tidur tidak lena dan mandi tidak basah. Semua itu dirasa bila mula bercinta.

Namun seperti mana perkara-perkara yang wujud dalam kehidupan, cintakan akan menjadi dewasa, selaras dengan masa dan selaras dengan matangnya hubungan.

Semakin lama percintaan, semakin bertambah perkara-perkara dalam kehidupan dikongsikan bersama. Mula pada awalnya mungkin perkara-perkara mudah. Berkongsi bayar makan dan minum, berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Lama kelamaan hampir semua perkara dikongsikan bersama selaras dengan dewasanya cinta.

Kehidupan mu adalah kehidupan ku, kehidupan ku adalah kehidupan mu, ia menjadi kehidupan kita.

Cinta kini menjadi kehidupan. Pengkongsian kehidupan dua insan lelaki dan wanita, adalah percintaan. Usaha untuk memberi dan menerima, usaha untuk mengalah atau mengambil jalan tengah, usaha berunding, merajuk dan luahan perasaan. Semua itu adalah percintaan.

Kenyataannya. Tiada yang sama antara dua insan, lelaki dan wanita. Dari semua segi adalah berbeza, tubuh badan, perasaan, permikiran, sikap, semuanya berbeza.

Yang sama hanyalah cinta... Cinta yang menjadi pengikat... Dua insan lelaki dan wanita yang saling berbeza. Pengikat itu adalah pemahaman bahawa dua insan bercinta lelaki dan wanita, adalah dua insan yang berlainan dan berbeza. Kekuatan ikatan adalah sikap saling hormat menghormati atas pemahaman itu.

Untuk jawapan kepada "Sayang kenapa cintakan saya?"

Lihatlah mataku, nampaklah dirimu. Sentuhlah hatiku, disitulah dirimu. Lihat hidupku itulah hidupmu.

dan tentunya

Aku cinta padamu...

Sayang dan Rindumu selalu. (SDRMS)...
MOHD KHAIRIL IZWAN M.N."Remember that silence is sometimes the best answer"