Wednesday, January 23, 2013

Ku dipaksa, Kau terpaksa

Assalammuaikum ssalam diberi dengan ucapa selamat pagi semua. Sudah beberapa hari aku tidak updater blog ni. Sekarang ini aku sedang bercuti di kampung halaman aku, di Pasir Puteh, Kelantan. Sepanjang aku balik kampung ni, hujan memanjang saja. Kepulangan aku kali ini dengan hati yang retak, apa yang telah membuat hati Khairil ni retak..Ahhhhhh..

Aku gerak dari Manjung Sabtu, singgah di Grik, call kakak aku, dia cakap dia masih kat luar, jadi aku singgah dulu di kedai kereta. aku pasang Sport Light kereta aku..Kasi terang sikit..Malap je rasa kalau drive malam. Selepas selesai, aku terus ke rumah kakak aku yang tidak jauh dari kedai tu dari. aku lepak-lepa, tertidur la pulak. Abang ipar aku minta aku tidur semalaman di rumah dia. Aku setuju..

Pagi esokkannya, baru aku gerak, sampai di Pasir Puteh jam 12.10, aku singgah di pasar  untuk beli makanan untuk di bawa balik ke rumah. Petang aku pergi rumah mak-mak saudara, bertanyakan kabar. Kebetulan ada majlis kenduri pada malamnya tu.

Isnin, aku, ayah, mek dan kak nor, gerak ke Pasir Mas. Hati aku lebih berdebar dari nak akad nikah dulu. Sampai di sana pukul 8.20. Kelihatan mak mentua aku ada di bangku, bini aku, bapa mentua tiada. aku salam dengan mak mentua aku dan terus ke kauter pendaftaran. Ramai juga yea pasangan untuk di adili ni..
Kami semua di panggil masuk. makin berdebar-debar, aku perlu bertenang. Tenang yea Khairil. Aku tidak tengok langsung pada muka bini aku. Nama kami di panggil..Dia masih tetap dengan keputusannya untuk diceraikan. aku nekad tidak mahu diceraikan. Dia cerita yang di menderita sakit jiwa disebabkan kes ini. aku mengambil jalan untuk melepaskan dia dengan cara Tebus Talak. Bukan wang ringgit yang aku mahu kan tapi aku nak tahankan rumahtangga kami. Aku sayangkan dia tapi dia dah tak ada rasa sayang lagi pada aku,  aku tidak boleh memaksa orang untuk sayangi diri aku ini. Kes ini ditangguh pada 3hb Feb depan.

Lepas keluar dari Mahkamah, aku tidak toleh lagi ke belakang. aku terus masuk dalam kereta. Kelihatan mentua aku, dan bini aku bersalam salaman dengan mek dan kak nor. Selepas itu, kami ke Kota Bharu, shopping ler pe lagi...perut lak terasa lapar, seperti biasa, kami pergi makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu yang terkenal dengan menu masakan kampung dan ulam ulamannya..

Facebook aku, aku dah serahkan kepada PA aku untuk ubah dan buang semua gambar-gambar yang ada kaitan aku dan bini aku. Tapi PA aku ni salah guna hak ni.Dia pergi check 1 per 1..Mesej, pe semua di checknya. sampai list orang yang aku block pun dia check juga. Terbaik la PA aku ni..ehhhhh..Aku panggil dia PA, mesti dia minta gaji dengan aku lepas dia baca blog ni..ahhhhhhhhhhhh tidak...PA ini aku akan bagi batery dan mentol je, sebab dialah yang banyak memberi cahaya dalam hidup aku selama ni. Jadi untuk terangkan lagi cahaya tu, aku tambah lagi voltan dan mentol cahaya, biar lagi bersinar..hehehhehehehehhehe
Jangan marah cik PA.



Apa yang aku rasa sekarang ni, aku rasa lega, seleganya...Setenang kedua-dua gambar ini..Ini gambar lama..

Khamis ini kami sekeluarga, pergi ke Grik, rumah kakak aku, ada majlis makan-makan dan selawat sempena bulan kelahiran Rasulullah s.a.w. dan masuk rumah barunya..

Khairil, what your next plan? Pagi ini, kakak aku ajak aku g shopping jap dan aku nak g beli kopok sira kat PA aku.  Dia suka sangat makan kopok sira tu.Happy together..

No comments: