Monday, November 12, 2012

Kekusutan tambahan

kekusutan bertambah dalam pemasalah aku ini jika
- kami masih tinggal berasingan
- nasihat yang negetif dari seseorang yang rapat dengan dia dan menghalang hubungan kami dari awal lagi

Dalam erti kata lain meracun dalam hubungan seseorang itu. Yang yang dilempa masalah kadang kala tidak boleh berfikir secara waras. Masa tu juga dia akan meminta pendapat daripada orang yang paling rapat dengannya. Jika yang bagi pendapat itu memberi nasihat untuk mengubah dan membina satu memikiran yang positif, itu tandanya orang itu tidak memihak kepada mana-mana, dia hanya menjadi orang tengah untk selesaikan masalah itu. tapi jika pendapat itu memburukan lagi keadaan, negetifkan keadaan, itu dinamakan meracun.

Pentingnya tinggal sebumbung dengan suami isteri. Jika terdapat pemasalahan yang besar mahupun yang kecil, dengan tinggal bersama, sekurang-kurang masalah yang kecil akan hilang terus dan masalah yang besar akan berkurangan hari demi hari. Percayalah..walau isteri membenci akan sifat suaminya itu tapi tinggal sebumbung, suami terus boleh memujuk dengan pelbagai cara..memeluk isterinya.meminta maaf dengan mencium dahi isterinya..tapi jika tinggal berasingan, mustahil benda ini dapat dibuat..

Apa yang harus buat jika pasangan tinggal berasingan.

Pelbanyakkan berdoa dan minta dariNya agar diperlembutkan hati dan fikirannya menjadi lebih tenang...

Cerita Cintaku

Abang terima sayang seadanya, baik buruk bersama sayang Abang hadapi dengan tabah. Tidak terlintas dihati abang untuk menyakati hati sayang apatah lagi untuk menghancurkan rumahtangga yang baru kita bini ni.

Abang akui akan kesalahan yang abang buat. tapi sedikit pun sayang tidak berusaha untuk kembalikan hubungan kita ni, malah sayang jauhkan diri dan terus menjauhkan diri. Syaitan mula mecucuk jarum, bila abang cakap bab agama dengan sayang, sayang mesti akan cakap " jangan dok ceramah agama dengan aku la woii'.. Abang ini dianggap tidak layak dan terlalu jahil untk hal ni...

Walau apa yang sayang fikirkan, cakapkan, Abang tetap nekad untuk tidak melepaskan sayang sama sekali.

Ya Allah, Engkau Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa, setiap pergerakan, kejadian tidak akan terjadi dengan sendirinya tanpa izin dariMu Ya Allah. Maha suci Engkau Aku memohon ampun dan merayu padaMu Ya Allah, janganlah Engkau pisahkan kami berdua Ya Allah. Engkau satukanlah hati kami Ya Allah.
Engkau masukkan kasih sayang diantara kami Ya Allah.

Ceritanya begini...


Saya baru mendirikan rumahtangga..setelah bernikahseminggu , kakak di ofis mesej saya tentang malam pertama..secara tidak sengaja, isteri saya terbaca mesej-mesej tersebut yang secara tidak lansung mengaibkan dirinya.saya tidak sedar tika itu yang mesej-mesej tu salah, sebabnya kakak yang saya mesej tu boleh dikatakan solehah.seorang isteri beranak tiga.dan solat dhuna tidak penah.jadi saya anggap benda ni tak salah. Saya agak jahil sedikit tentang agama ni..Sekarang sudah masuk 2 bulan lebih hal ni berlaku..Saya sekarang sudah berubah dan tidak berkawan dengan kakak tersebut atas permintaan isteri saya dan kebaikan bersama dan saya kebetulan di tugaskan di cawangan lain.

Untuk makluman, isteri saya masih belajar di ITPA, kami tinggal berasingan. Isteri saya sudah mengadu hal ini kepada Pejabat Majlis Agama.
Saya sudah nekad untuk berubah dan hendak tamankan balik kepercayaan daripada isteri saya sekarang ni amatlah susah.

 Pejabat Majlis Agama sudah menghantar surat kepada saya untuk hadir bagi proses rundingan minggu depan..Saya sangat cintakan isteri saya dan sesekali tidak akan ceraikan isteri saya. apa harus saya buat sekarang ini untuk melembutkan hati isteri saya yang terluka disebabkan kenakalan saya yang sudah lepas itu? Mohon pakar-pakar di blog ni bagi penpadat dan pandangan? Isteri saya mohon saya lepas cara baik atau kalau saya tidak lepaskan dia, dia akan tuntut fasakh. Saya tidak mahu kedua-dua ni terjadi dalam rumahtangga kami.

Jiwa aku lebih tenang

Di atas nasihat dari bloger's tentang pemasalahan aku ini, dengan memperbanyakan zikir dan bacaan Al-Quran, sekarang jiwa aku lebih tenang.

Yang menjadi persoalan aku sekarang ni mentua aku sendiri seolah merelakan kami berpisah. Tidak mungkin aku akan lepaskan bini aku ..

Kepada yang membaca blog aku ni, aku minta doakan kami..tak perlu post di fb aku untuk menyatakan sempati akan masalah aku ini, cukuplah sekadar berdoa agar dipermudahan urusan untuk selesaikan masalah ni.

Facebook yang membuat dia marah kat aku malam ni...ahhhhhhhhhhhhh....

Sunday, November 11, 2012

Gelapkah duniaku begini?

aku tidak boleh patah semangat, aku mesti tabah hadapi ujian dari Allah ni..aku akui yang kesilapan aku ni tapi sudah tiada kemaafan dari dirimu untuk aku berubah?adakah penceraian jalan terakhir? tidak mungkin aku akan melepaskan mu sayang.

Hambamu buntu Ya Allah...

Saat aku baru nak lelapkan mata, bini aku call bertanya akan facebook..memang benar aku ada view kawan-kawan lama aku..tapi aku tak tau macam mana dia detect aku view semua tu tu tak kisah..yang aku kecil hati, dia sangat marahkan aku tentang hal ni.

Dan kemarahan dia ditahap tinggi, bermacam-macam lagi hal yang dia ungkit dan timbulkan..Dia cakap, dia tak boleh hidup dengan aku lagi.tak cayerkan aku lagi.tak boleh tengok muka aku lagi..

Apa harus aku buat?aku buntu Ya Allah...Dia cakap dia naik gila memikirkan hal kami ni. aku cakap kat dia, bagi peluang sama-sama berusaha demi kebaikan tapi peluang dia tertutup rapat..


Tenangkan hatiku Ya Allah

Assalam dan apa kaba semua,

sudah seminggu aku tidak update blog aku ini. dek kerana sibuk dengan kerja seharian dan kekusutan hati aku semakin bertambah.

Aku bagai tidak percaya masa aku terima panggilan daripada kakak aku dari kampung, yang mana surat dari Maljis Agama telah menghantar surat untuk aku handir ke majlis agama bagi proses rundingan atau di sebut maljis Sulh, yang membawa maksud 'putus pertengkaran' dalam bahasa arab. Manakala pengertian] syarak membawa maksud suatu perjanjian yang dimeterai bagi menyelesaikan perselisihan / pertikaian di antara pihak-pihak yang beragama Islam. Aku mesti hadir pada 14hb ni. Ini kerana bini aku telah membuat aduan akan kes kami ni ke Pejabat Agama Pasir Mas.

Kepada keluarga aku, aku minta meminta maaf, bukan aku tidak mahu bercerita dan membelakangi keluarga, tapi biarlah aku yang tanggung semua ni selagi aku mampu tanggung. Sekarang semua keluarga aku telah tahu akan hal ini . Aku buntu, Aku pasrah..

Aku rujuk dan minta pendapat dari bloger's, ada yang menyatakan kes kami ni payah untuk bini aku tuntut Fasakh sebab kes ni bukan kes berat. Tuntutan fasakh hanya dilayan sekiranya suami menzalimi isteri, atau suami tak menunaikan nafkah zahir dan batin.

Walau apa pun, aku telah berkeras untuk  tidak menceraikannya. Bini aku ada cakap, sampai bila dia nak menjadi kurang ajar dan tak hormat pada aku, aku cakap, biar masa yang tentukan..

Setiap kali sebelum tido, aku akan call dia, ucap selamat malam, dan I Love U..disambut dengan ucapan darinya I Love u too...Ada aku bertanya kepadanya, sama ada dia masih sayangkan aku tau tak..dia cakap masih sayangkan aku...Sekarang ni jiwa dia amat tertekan dan tambahan lagi dengan tugasannya semakin banyak..Bila aku cakap camtu, dia jawap, tak ada kaitan pun dengan masalah kami dengan tugasannya itu. Pada aku, bila dia kurang tidu, penat, otak penat, badan penat, fikiran susah untuk mengawal. Sekarang ni aku bagi dia masa, aku tak memaksa dia untuk serta merta menjadi seperti dulu, ambil masa sedikit demi sedikit.




Friday, November 2, 2012

Kekabaran di hari Jumaat

Sudah beberapa aku tak update blog..Rabu, Khamis, Jumaat. Sekejap je hari yang sudah berlalu, dengan kerja yang banyak tapi entah bila ia akan berakhir dengan baik. Planning? Material? tak faham? don't have monitoring? semua tu ada kaitan..tapi tu la kija...pe2 pun ambik semua tu sebagai cabaran hidup.

Kisah aku lak...Aku bahagia dengan bini aku. dengan keadaan bini aku yang semakin hari semakin sibuk dengan tugasannya, begitu dengan aku. tapi ambik masa yang terluang untuk bertanya kaba dia dan berborak-borak.

Abang faham dengan sayang..sayang hari-hari tidur lambat, Abang tak nak bagi sayang tekanan, biarlah sayang focus dengan tugasan sayang. abang belikan sayang pil itu hari bukan pil yang mengarut-mengarut, dan sayang boleh pula kata ia membazir saje..tanpa sedikit pun hargai mahupun berterima kasih, xpeler..

Apa-apa pun hari aku sangat penat, otak aku penat sangat,. aku mahu rehat..esok masuk kija...