Tuesday, February 19, 2013

terjada dari tidur yang lena

Dah lama aku tidak sibukan diri aku dengan blog aku ni.terabai sekian lama. Sepanjang hari sibuk dengan kerja. Masa untuk diri sendiri untuk tak terluang.Fikiran aku menjadi tak menentu. tarikh semakin hampir. Perbincangan belom dibuat. Hati aku untuk kembali kepadanya terlalu nipis. Aku tak boleh. Kehidupan aku masih panjang.

Pagi tadi aku terjada awal. aku memikirkan tentang kerjaya aku di sini. Aku tertanya-tanya pada diri aku sendiri pagi tadi, apa yang aku dapat belajar dari sini?Berapa lama aku boleh membina kerjaya aku di sini?apa kemahiran yang aku dapat di sini?terlalu banyak persoalan aku...Saat aku mikirkan hal tu, aku fikirkan juga untuk mencari kerja lain..ahhhhhhhhhhhhhh..

Sinaran hidup aku. aku tak mahu sia-siakan peluang yang dianugerahkan kepada aku. Sinarnya terlalu menyinar, membuatkan hidup aku penuh warna warni kecerian apabila ia mendekati aku. Di balik sinar itu, banyak masalah yang dihadapinya. tapi ia bijak menyembunyikan masalahnya agar aku tidak kegelapan. Hidup aku ini penuh dengan kegelapan dunia. Aku alpa dengan kehidupan ini. Aku ingin mencari kehidupan yang masa lalu, penuh dengan ketenangan, keceriaan. Mungkin sudah tiba masanya aku perlu berubah ke arah lebih baik, berhijrah, aku nak bina kehidupan baru aku dengan sinar yang sentiasa menyinari hidup aku.
Aku tidak boleh memaksa sinar cahaya itu memberi focus dan cahaya pada aku, sebab sinar itu bukan 100% milik aku lagi. Cahaya itu sangat memberi sinar pada aku.

pe yang aku tulis ni...dah dekat jam 1 pagi tapi mata belom ngatuk lagi. esok nk kerja ..

Masalah aku dengan wife aku, kesannya terlalu dalam. yang ketara, aku dah abaikan kawan-kawan aku. kawan yang dulu selalu aku contact untuk bertanya kabar. aku malu untuk menceritakan hal ini kepada mereka. biarlah rahsia..Sahabat, aku minta maaf. Bukan kemahuan aku untuk begini.




No comments: