Tuesday, March 12, 2013

Bangkitlah Semangat ku

Assalam dan selamat malam. Sudah lama aku tidak update blog ni. Hari ni aku cuti, kapal g test. kalau tidak, setiap hari balik jam 10 malam..Ahad pun kije..ruang masa untuk update blog ni terhad. Hari ni, aku relax kat rumah dan lepak dengan Sinar.

Banyak perkara aku nk critakan tapi tak tau yang mana satu aku nk mulakan..okay, yang pertama..aku nak critakan pasal rumahtangga aku yang aku baru bina..Ianya sudah berakhir dengan penceraian..perpisahan ini tidak penah aku sangka..Masih terbayang lagi saat lepas akad nikah, tok imam berpesan anggar berkataan cerai itu dibaung jauh-jauh dan jangan sesekali terlintas difikiran..Kami di bilik rundingan..Aku tidak nampak jalan untuk kami berbaik semula..Saat tu, terlalu sukar untuk aku membuat keputusan. Perasaan sayang aku pada dia masih kuat.  Setelah berbincang sengan semua pihak, aku akur dengan semua ni. Sebelum menginggalkan bilik rundingan, kami saling berpesan-pesan antara satu sama lain. kami bersalaman dan aku kucup dahinya buat kali terakhir. Saat tu, air mata aku mengalir lagi.  Saat aku ingin melepaskan perkataan itu dihadapan hakim, aku kuatkan semangat agar air mata aku tidak mengalir. aku menahan dan teruskan menahan..Hanya tuhan saja yang tau perasaan aku ketika itu. Selepas kuar dari mahkamah, aku terus balik, aku tidak sanggup bertemu mata dengan mentua aku. aku sedih sangat sebab tidak dapat memeberi kebahagian kepada anaknya. Berpisahlah kami pada 03.03.2013..

Selepas ini aku harap aku dapat tabahkan diri dan mulakan hidup baru. Ingin aku membina hidup bersama Sinar aku. Aku telah berjumpa dengan family Sinar. dan segalanya nampak ok..aku di beri masa 6 bulan untuk membuktikan hubungan aku dengan Sinar serius dan sungguh-sungguh. Sudah tiba masanya untuk aku rancang masa depan yang baru, aku harapkan semua tu.

aku tidak boleh patah semangat dengan kegagalan itu.Senyum dan terus senyuman untuk hadapi hari yang lebih mencabar. apa pun yang terjadi, aku tetap harapkan Sinar aku itu. Ia banyak memberi cahaya pada aku..

No comments: