Tuesday, October 30, 2012

kELatE - taNjuNG MaLiM - Sri maNjuNG.

Assalam mulakan bicara..mata mahu tido sudah bah..bak kata orang Sabah..hehe. Badan aku penat dan lengguh sana sini..Aku baru sampai dari kampung halaman..g ata bini di Tanjung Malim dulu tadi, dan patah balik ke sini..Hujan sekejap-kejap tadi..

Perjalanan aku dari kampung terus ke Tanjung Malim. Satu pejalanan yang boleh dikatakan membisu. Aku sendiri tak faham akan mood bini aku ni..Di tanya sepatah jawap macam tak nak jawap je..kadang-kadang langsung tak di jawapnya..tak sampai 10 soalan yang aku tanya dia dalam perjalanan 6 jam tadi.Diam membisu tanpa kata-kata jauh sekali  gurauan riuh di dalam kereta. Cuma aku ambik tangannya dan letak di atas paha aku, perkara ni perkara biasa yang aku buat jika aku drive bersamanya..Biarlah mulut dia terkunci rapat asalkan aku dapat ketenangan semasa memandu dengan adanya tangannya di paha aku..cewaaaaaaahhhh...hahhaa..

Masa berenti makan di R&R Tapah pun, membisu juga. apa harus aku lakukan..bersabar dan terus bersabar dengan sikap dingin sayang aku ni...Sesampai kami di Tanjung Malim, kami terus mencari Kedai repair phone.phone Kak Cik yang rosak skrin, K.Cik tak nak sudah phone tu, lalu bini aku ambik.

Sampai di rumah sewa bilik aku, aku mandi-mandi dan selepas tu bini aku mandi..lepas mandi kami tidur, dan lebih kurang jam 4.20 kami terjaga, masa terjaga tu aku nekad untuk buat bini aku kembali tersenyum. Aku gurau senda dengan dia. Ambik masa lama juga..syukur, alhamdulliah, bini aku kembali tersenyum, senyumannya amat berharga bagi aku..

Selepas tu aku g mandi dan kami siap-siap nak kuar g ambik phone, lepas tu g makan...masa makan tu aku tengok bini aku kembali ceria dan petah bercakap seperti dulu. dalam hati aku masa tu, kan best kalau masa balik dan datang dari kampung petah bercakap macam ni...ermmmmmm..tak mengapa sayang..aku faham ..
Selepas makan, kami g beli keperluan dia. dan aku hantar dia..Pukul 6 aku gerak dari Tanjung Malim ke Sri Manjung...

Perjalanan aku mulanya agak laju...yeala..hari masih cerah dan cuaca elok...dah masuk pukul 7, hari semakin gelap, pergerakan aku semakin slow..dalam 7.15 aku sampai di Teluk Intan,mencari masjid dan aku bersolat..Sampai di sri Manjung lebih kurang jam 9.15 malam...Penat jugak ler..

Siap-siap mandi dan aku nak tidur sudah ni..mesej bini aku..

Selamat Malam ...I Love U sayang...Mmmmmmuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaahhhhhh:-*

Saturday, October 27, 2012

Ketabahan ku diuji lagi part 2

Part 2..bersambung.

Sabtu, 27 Oktober 2012.

Pagi ni Amy mesej aku .dia bagitahu yang dia kecewa sangat dengan sikap aku. derita sangat. aku akui memang salah aku aibkan dia tanpa niat. aku ingat tu perkara biasa. tapi tidak bagi dia, maafkan abang sayang..tapi yang aku lagi risau dan keliru sekarang ni, dia minta aku lepaskan dia dengan cara baik...uhhhh
mana mungkin aku nak lepaskan dia ..sesekali pun aku tak akan lepaskan dia.aku buntu mencari jalan menyelesaian.. aku g jumpa abg lie, sepupu aku, minta pandangan dia. dia minta aku bersabar dan berdoa, dia bagitahu aku. yang Amy kena bawa berubat, sama ada jumpa dia atau mana-mana tempat. nak tengok sama ada Amy ni terkena sihir ataupun gangguan luar..macam mana aku nak jelaskan pada Amy hal ni, sedangkan aku dah dapat agak dah jawapan atau apa yang dia akan cakapkan pada aku jika aku ceritakan hal ini kepada dia..uhhhhhhhhhhhhhhh....jadi aku call abah, minta pandangan abah, abah cakap dia akan bincang dengan umi hal ni. petang tadi Amy mesej aku..dia cakap dah nekad dengan keputusan dia.sama ada aku lepaskan dia dengan cara baik atau dia tuntuk cerai di mahkamah..lagi pening aku..aku call Abang Lie, Abang Lie bagitahu aku bersabar, benda ni boleh di selesaikan, dan Amy cakap dalam tak sedar tu..

aku bagitahu amy..sayang...'jika abang aibkan sayang sekali lagi, tuntutlah cerai dengan abang..abang saggup buat apa saja asalkan hubungan kita ni tak dipisahkan...abang dah fikir masak-masak akan hal ni ..bagi abang peluang untuk tebus kesalahan abang.dan sayang cakap la pe yang abang harus wat dan perlu buat untuk tebus kesalahan abang balik asalkan kita tak dipisahkan'. Selepas aku mesej Amy yang ni, dia terus diamkan diri..sampai saat ini, selepas magrib dia masih diamkan diri...aku call dia di off phonenya...

Sekarang ni aku bagi dia masa dan ruang untuk fikir balik apa yang dia cakapkan tadi..
Ya Allah, bantulah kami.bantulah kami untuk pulihkan kembali hubungan tangga aku ni Ya Allah, aku lemah Ya Allah, Ampunkan dosa-dosa aku . aku telah banyak melakukan dosa kepadaMu Ya Allah..
Aku menyintai isteriku Ya Allah, Kau lembutkan hatinya Ya Allah..Mudah-mudahan kami dapat berbahagia kembali..


Ketabahan ku diuji lagi part 1

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raja Korban kepada semua..

Di sini aku nak menulis sepanjang aku tak update blog ni yang dah berlaku..

aku gerak ke Tanjung Malim lebih kurang 9.50 pagi..aku sampai jam 12.15 tengah hari. Amy, bini aku masih lagi di campus dengan kerjanya yang belum selesai. jadi aku tunggu dia di tempat parking di rumahnya..
aku tertido, jam 12.50 Amy sampai. saat aku tengok Amy masa tu, mukanya agak pucat dan lemah..aku tanya dia, dia cakap sihat..lepas tu kami g makan tengah hari. lepas makan kami gerak balik, singgah di R & R Tapah untuk solat. selesai solat, kami gerak..sepanjang perjalanan dari Tanjung Malim lagi aku dah perasan yang Amy kurang bercakap dengan aku. Aku tanya satu, dia jawap satu..kadang-kadang yang aku tanya dia tak jawap, aku anggap dia tak dengar pe yang aku tanya..

Sampai di Grik, aku call kakak aku, plan nak singgah untuk berehant sekejap. tapi Amy tak nak..so aku singgah kt JPJ Grik, jumpa Abang ipar aku, salam2. dan kami terus perjalanan..perjalanan yang terus membisu..dekat 2 jam perjalannan tanpa bicara sepatah apa pun..aku tabahkan diri dan tenangkan diri aku.

Sampai di Jeli lebih kurang pukul 7.15 malam. Masa tu hujang tengah lebat, kami berhenti solat di R & R Jeli, selesai solat, hujan masih lebat lagi. Dalam hujan lebat aku berlari ke kereta untuk ambil payung untuk payungkan bini aku..ahhhh...basah aku. tapi aku tak kisah la..basuh pun...

selepas solat, perut pula terasa lapar, kami g makan...saat order makan aku terasa hati..kenapa Amy tinggikan  suara bila aku minta ulang apa yang dia cakapkan sebab aku kurang jelas..ahhhhh..tabahkan hati aku..mungkin dia penat...

selepas makan. kami gerak balik..sampai g rumah mentua lebih kurang pukul 9.30 malam. tak ada orang pun sambut kami di pintu rumah. malah pintu rumah pun kami buka sendiri..Adakah kepulangan kami di tunggu-tunggukan atau tidak..abaikan....

Selepas aku salam dengan kedua-dua mentua aku..aku duduk di kerusi untuk berehat, sedangkan Amy, angkat barang-barang dia masuk bilik tanpa menjemput aku masuk, dia tahu tak yang aku penat sesangat drive...aku dengan langkah yang lemah, menuju sendiri ke bilik untuk mandi dan solat isyak..

Selepas solat, aku baringkan tubuh ke katil, Amy masuk ke bilik dan aku meminta air...selepas tu, dia terus keluar, katanya nak tengok tv..minta la izin dulu kalau ya pun nak tengok tv..jangan tunggu untuk ditanya..ahhhh....aku positifkan diri aku...

Lebih kurang 11..Amy masuk tido..kami tido sesama..sebelum tido..aku bertanya kepadanya,,sayang..sayangkan abang? dia menjawap sayang..sayang rindukan abang?rindu jawapnya...
dan kami tido. lebih kurang jam 2 pagi..aku terjaga..dan tak lama selepas tu, Amy terjaga dan terus ke bilik air..dia masuk bilik, dan solat ..solat hajat fikir ku..sebab isyak dia dah solat..selepas solat, dia sambung tido. aku perhatikan saja dalam gelap, dia tak tengok pun aku..aku kesejukan..dia selimut dirinya saje..tak mengapa, mungkin dia tak sengaja..aku cuba lelapkan mata aku...tak boleh tido...jadi aku g wuduk dan solat taubat dan solat hajat..Selepas solat, aku cuba tido..agak lama untuk lelapkan...

Pagi..aku bangun ..terlewat...Amy pun sama..7.40 solat subuh...selepas solat..aku minum pagi dengan Amy dan kami sambung tido balik..lebih kurang pukul 11.30 kami terjaga,.dan dia ambik phone aku..check 1 per 1 mesej..aku biarkan..tak apa nak risau sebab aku tak ada buat salah apa pun..tapi uang aku hairan kenapa phone dia di tinggalkan kt luar..masa dia mandi ke pe..masa kami duk sekali kat hotel pun phone dia tersorok dalam hand bag dia..tak apa...phone tak penting masa kami bersama..

Petang kami kuar makan kat luar...Malam tu.lepas solat isyak..aku tengok tv sekejap..umi abah keluar beli barang..tinggal aku, Amy dan adik2 ipar aku..pukul 9 suku aku masuk bilik..tak tahu nak buat apa..so aku membaca buku..."Mudahnya Dicintai Isteri" yang aku beli dulu..Amy masuk bilik, dia cakap nak tengok tv..so aku cakap okay yang.abang tunggu sayang dalam bilik..aku malam tu amat pening kepala..Amy cakap umi akan beli ubat..lebih kurang 9.50, Amy masuk dia baru sudah iron baju melayu aku.dan dia cakap nak iron baju dia sekejap je lagi..Aku set time, 30 minit dia siap dah boleh tido..aku tunggu lagi..tengok jam dah dekat sejam lebih dah ni..uhhhhhhhhh..aku sabar je lagi..dan aku kuar bilik mencari amy, aku tengok dia menangis di depan abah..aku jadi mati langkah di situ dan aku berpatah balik...aku tunggu sampai Amy masuk, aku dah dapat tahu nape Amy nangis..aku senngaja tak nak tanya..Amy masuk bilik, aku tanya ..sayang buat pe lama kat luar, dia cakap tengok tv..cite pe.ntah tak ingat..baru je tengok dah ingat..Padahal aku dah tahu yang dia bukan tengok tv..sebelum tido macam biasa la aku bertanya soalan yang sama..sayang sayangkan abang..? sayang jawapnya...dan aku ucap I Love u sayang..dia balas..I Love u too...dan kami tido..

Di pagi raya, aku bangun awal untuk mandi sunat raya..selepas mandi, aku kejutkan Amy...agak liat dia untuk bangun..aku ajak dia solat raya sama-sama..dia uzur pula pagi raya tu..sebelum aku g solat raya, aku bersalam dengan dia..Di dalam masjid, kepala aku pusing-pusing...pening sangat,.Selepas solat raya, aku balik rumah, rasa macam nak pengsan pun ada...aku minta Amy picit-picitkan kepala aku. dan aku minta dia temankan aku g 7E untuk beli ubat..Masa seperti perjalanan balik kampung hari tu..perjalanan terus membisu.

Balik dari 7E, kami tertido sama-sama..bangun-bangun dekat pukul 12.30..aku siap-siap nak g solat jumaat.
sebelum aku g solat,  aku minta Amy siapkan baju untuk balik kampung aku pula..dan aku ke masjid..balik dari masjid, amy ajak aku ke rumah neneknya..untuk makan tengah hari..aku tanya lagi..dah siap belum, dia cakap nak siap selepas g makan..okay kata aku..dekat je rumah neneknya..tak sampai 5 minit pun. Selesai makan, aku tunggu kat luar dekat 45 minit. aku dalam hati..dah lambat ni nak balik kampung aku..dia macam nak lengah-lengahkan masa...pukul 3 lebih baru dia tanya aku, dah nak balik ke...mesti la nak balik...

Sampai di rumah, aku siapkan bag, dan mentua aku masuk dalam bilik cakap Amy tak nak ikut balik..lagi aku pening...ahhhh...Puas aku memujuk untuk balik sama-sama..tapi dia tak nak juga.Abah umi masuk campur hal kami..Aku minta izin dengan umi untuk ajak abah berbincang dalam bilik..sama dalam bilik tu la aku menangis sepuas-puasnya dengan bapa mentua aku..mengadu masalah kami, minta Abah tolong bantu selesaikan..lebih kurang setengah jam juga la...abah nasihatkan supaya tabah dan sabar..aku berenti menangis dan minta abah panggil Amy masuk bilik..aku salam dengan amy, peluk dan mintak maaf...

Amy hantar aku sampai ke pagar dan bersalam..aku teruskan perjalanan dengan air mata di pipi...aku gerak pukul 4 petang..sampai aku d kampung 5.15..aku jumpa mek ayah aku...dan mereka bertanya pasal Amy, aku jawap, amy kurang sihat..

Di malam tu, aku mesej amy seperti biasa....seperti biasa, sebelum tido..aku mesej ucap Selamat malam kepada amy..

I Love U sayang..

uhhh...okay la..selesai part 1..nati kang aku sambung part 2 pulak...

wasalam...



Tuesday, October 23, 2012

uhhhh....ngatuknya.


ngatuk sungguh....penat kije arini...dari pagi sampai ke petang..aku dok wat kije piping sorang kt FWD Aux Engine Room...tempatnya...macam dok dalam sauna, berpeluh2..lebih2 lagi tengah hari dan jam 2-4 petang..masuk je tempat tu, peluh terus kuar membasahi baju dan seluar...ohh yea..hari ni bini aku g KL,
jumpa kawan baik nya..B dan kauselor. aku harapa sume nya baik-baik saja dan bertambah baik..Insyallah.
lepas solat zohor aku mesej dia, dia cakap, baru habis slot. n aku masuk kapal.lebih kurang jam 4 lebih, aku teringat kt dia, aku dari bawah kt Engine Room tu, terus naik ke atas, aku dok wat kije kt deck 3, aku naik ke deck 1..sebab deck 1 line clear..deck 3 langsung xde..ingatkan dia ada mesej yang dah nak balik, ermmmm xde,,
xpe la..aku call..dia cakap baru naik train..dengar dari suara dia, macam xbrapa okay je..xpela..aku faham dah..

then aku sambung wat kije aku kt deck 3..sekali lagi berpeluh2,dah panas, aku kena check piping yang tempat sempit lagi berhabuk..sabar je la kan..
kije mesti diteruskan..cayook..cayook...jam 5 suku aku kuar dan g solat asar..relax2 jap kt masjid, n aku balik nga Hafis, n terus g makan kt
tempat biasa..

Malam ni aku nak basuh baju, dah kemas2...esok aku ke Tanjung Malim .ambik bini aku..
untuk balik kampung...


Semoga perjalanan kami selamat sampai..

dan Selamat Hari Raya Korban..

Sunday, October 21, 2012

Indahnya Perkahwinan


.Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya Cita-cita menjadi solehah... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya Isteri adalah murid kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yg bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah saw?......

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.

Untuk isteri renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?.. Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang Punya Cita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin... Justeru itu wahai para suami dan isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman.

DAN

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar.

Abang sangat menyintaimu sayang....


Saturday, October 20, 2012

Mata ngatuk, badan penat

.

.ahhh..lewat aku update hari ni, penat.aku terjaga awal..dapat mesej dari dia, agak kurang sopan mesejnya.aku sendiri tak tahu nape dia terlalu membenci aku sebegini rupa?..pe yang aku dapat hari ni,

- laki tak guna.
- tak boleh cayer.
- benggong.
- bodoh.
- tak bersekolah.
- tak matang.

aku hanya mengucap panjang dan tak tau pe nk dikatakan sebab benda-benda tu kuar dari isteriku sendiri. terkedu aku dibuatnya.
Hafis menasihati aku supaya banyak-banyak bersabar dengan kemarahan isteri aku.

aku sendiri ada egoan aku tersendiri, bukan aku tak nak melawan,bukan aku memdiamkan diri bererti aku yang salah 100%.
aku bagi dia ruang dan masa untuk dia berfikir. Selepas solat Jumaat tadi, aku menghantar mesej pada dia, aku bagitahu yang aku amat menyintainya, dia melengkap hidup aku,
dia memberi semangat kepada aku..masa tu juga la hujan turun dengan selebat-lebatnya..aku tertidur kepenatan di masjid.
pukul 3 aku sambung kerja di Fwd Auxilarry Engine Room..Pukul 5, aku g solat asar, lepas solat asar, hati aku menjadi sapu, tak tahu kenapa,
mungkin aku terkenangkan sikap isteri aku terhadap aku..aku bukan nak menyatakan dia ni bersikap buruk. Jauh sama sekali, bukan akan kesilapan aku
yang dulu dia masih boleh melupakan ia walau dia dah maafkan aku sebelum ni..aku memahami yang tu.apa-apa pun aku terima seadanya isteri aku tu.
baik buruk, terleboh terkurang..aku tetap sayangkan dia sebagai isteri aku.
terbalik yang hati aku tiba-tiba sapu tadi tu, dalam pada itu, air mata aku senang-senang mengalir laju membasahi pipi aku. aku naik ke tingkat atas masjid, di atas , aku menangis sepuas-puasnya..
lebih kurang jam 6.00..aaku g sambung buat kerja..stop jam 7.dan aku g solat magrib.lepas solat, aku rehat-rehat dulu. terlalu penat hari ni..otak dan badan aku .kedua-duanya
penat..

jam 8 aku balik .singgah makan n sembang-sembang dengan gen kerja..
jam 9 lebih kami balik..lepas solat isyak, aku g basuh baju..tunggu baju siap d basuh, aku tertidur didepan tv..penat.bangun jam 11.45..jemur baju dan nk tidur, tapi mata pula tak nak lelap..
so aku layan tv sekejap..dalam hati tertanya-tanya..pe la bini aku wat ni..dah makan ke?penat tak hari ni?teringin aku nak tanya dan tahu semua tu..dan aku tertanya lagi..adakah bini aku ingatkan aku juga??
ahhhhh..pening aku fikirkan hal ni..apa-apa pun, aku fikir positif..
dan doakan hanya yang terbaik untuk kami berdua..

dah hampir jam 2 pagi..bini aku dah tidur lom ni erk...
pe2..aku try tidur dulu..pejalan hidup aku dan dia masih panjang.
Moga dipanjangkan umur dan murah rezeki..amin....

untuk sayang...abang sentiasa merindui sayang...I LOVE U...Mmuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaahhhh... :-*

Friday, October 19, 2012

3.00 pagi

aku terjaga dari tidur, teringatkan bini aku....pe dia wat skrng ni? dah tidur ke lom? aku try call, xjwp...sah2 dia xnk jwp lg call aku...aku pening ..xtau dah pe nk jadi ni,,,ahhhh..aku g ambik wuduk untuk tenangkan hati aku..aku rusing risau...Ya Allah, pe bini aku nk buat ni ahhh? penatnya aku..

Thursday, October 18, 2012

Hari yang Memenatkan - Buat Hal lagi...emmmm


Aku penat, balik kerja penat sesangat..Aku mengharapkan isteri menyejuk hati aku, tapi apa yang aku dapat? aku cakap nak tidur, aku cuba tidur tapi tak lena, aku dah pegang hand phone,lalu aku on fb aku sekejap, tak sampai 5 minit, aku bukan tengok page orang lain pun, aku hanya tengok page isteri tercinta, tapi malangnya isteri aku tertengok yang aku on fb, aku dia call aku yang aku ni menipu besar, berlakon dengan dia, aku tengah baring2, dalam masa dia call tu, orang tengah azan. Sudah menjadi amalan aku, tiba dengar orang azan, aku akan berenti buat apa-apa kerja mahupun bercakap. Kita sebagai orang Islam perlu hormati azan. Tapi apa yang aku dapat adalah, jeritan kuat dari isteriku sendiri,bercakap 'aku' 'mu' dengan aku. Sudah aku tak faham..Adakah ini salah aku sendiri, yang tidak mendidiknya atau dia yang lebih tahu dari aku?

Aku penat sangat2 balik kije. Sayang, abang harap sangat sayang faham dengan keadaan kerja abang.
Abang tahu kerja-kerja sayang pun banyak juga, sayang pun penat juga. Hal-hal yang macam ni tak perlulah sayang ni cakap yang abang ni penipu sebab abang on fb...sayang, abang tanya sayang tengah hari buat apa, sayang cakap buat kerja or duduk-duduk saja, tapi sayang post something di wall fb sayang..adakah sayang juga tak jujur dengan abang?
sayang fikir-fikirkanlah sayang...

tiada perlu abang jelaskan lagi..


Selamat Malam sayang....I Love U...

Tuesday, October 16, 2012

Mawaddah wa rahmah

 Lelaki akan rasa kesunyian jika hidup sendirian tanpa wanita bergelar isteri di sisinya. Begitu juga dengan aku. Kehadiran seorang isteri yang tulus mencintai suami, adalah sesuatu yang amat diidam-idamkan oleh seorang suami. Itulah kurniaan yang paling tinggi nilainya, yang tiada bandingnya denga harta benda di dunia ini. Hanya isteri yang benar-benar mencintai suami mampu melayari kehidupan berumah tangga bersama suami walau dalam apa jua situasi. Inilah faktor kebahagiaan rumahtangga. Bagaimana seorang suami itu mampu meletakkan dirinya sebagai seorang suami yang dicintai isterinya.


Monday, October 15, 2012

Mudahnya Dicintai Isteri


..tu la tajuk buku yang aku beli di kedai buku sabtu lepas..Karangan Ustaz Yusri Abd. Karim. Dalam buku  yang buat aku tertarik dengan nasihat2, antaranya..."Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Jadilah kamu yang terbaik, jadilah kamu yang terbaik akhlak untuk isterimu'..

Sabtu lepas aku macam biasa, aku pergi jumpa yang isetri aku yang tercinta di Tangjung Malim, aku check in awal, dalam puluk 3.30, lepas makan tengah hari,..aku lepak jap, dan aku tidur..bangun mandi2, n solat asar..lepas tu aku gerak g jumpa bini aku di rumahnya, belom jam 6.00 lagi aku dah sampai..tak sabar aku jumpa isteri aku ni..lebih kurang jam 6.15 bini aku balik dari kelas...lebih elok kalau isteri yang hulurkan tangan terlebih dahulu untuk bersalamkan...tapi tak mengapa, mungkin aku yang lalu cepat hulurkan tangan untuk bersalam sebelum sempat dia nk hulurkan..n dia cakap nk g naik solat dulu...tunggu punya tunggu, dia setengah jam lebih baru dia turun, tanpa minta maaf or apa2 gtau, aku bertanya, mandi ke..ahh mandi...mungkin dia tak sempat untuk minta maaf sebab buat aku mengunggu lama dalam kereta..tak mngapa..aku tak kisah pun...janji aku dapat jumpa dia dan tengok dia ceria...

malam kami lepak bilik.. esoknya lepas sarapan, kami tertido..aku tengok dia penat je...pukul 11, kami g Rawang..tengok wayang..tengok cerita Taken 2..best juga layan..lepas tengok cerita , g shopping2..n balik Tangjung Malim lebih kurang jam 5.00..5.30 kami sampai..dan terus g makan, then aku hantar dia balik...aku gerak balik jam 6.30..hujan lak, ni yang aku lemah ni..drive kereta dalam hujan tika malam pula tu...fail..aku berenti solat magrib di Masjid Sungkai..then aku gerak balik..lebih kurang jam 9.15 aku sampai rumah..
uhhhh..penatnya.....relax2 jap..aku tido...

penat oooo..pe2 pun aku happy nga my wife...I love u sayang....

Friday, October 12, 2012

Jahatnya hati kita. Siapa kita?




Sebelum mengharapkan Allah menilai kita dengan baik, didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu.Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya! Maksudnya, kita akan menilai seseorang dengan fikiran, hati dan perasaan kita.

Insya Allah, jika kita dapat melihat sisi baik pada diri seseorang, itu perasaan kita juga baik.Syukurlah.Namun jika sebaliknya, berhati hati…..itu petunjuk akan kejahatan diri kita, bukan jahatnya orang yang kita lihat.

Begitulah dalam hidup ini, kita mesti memulakan kebaikan daripada diri kita sendiri.
Caranya? Bermula dengan sangka baik.Lihat yang baik baik.Insya Allah, lama kelamaan kita akan jadi baik dan mendapat kebaikan.Pernah diceritakan bagaimana pada suatu ketika Nabi Isa a.s melalui bangkai seekor kambing bersama sama pengikutnya.Ketika para pengikutnya memalingkan muka dan menutup hidung kerana jijik terhidu bau busuk ,Nabi Isa sebaliknya berkata “Aku lihat bangkai kambing ini mempunyai gigi yang putih.”

Mengapa penting kita bersangka baik dalam hidup? Ini kerana itu akan menentukan bagaimana kita melihat atau menilai sesuatu perkara, seseorang atau kejadian.Dan bagaimana kita melihat akan sesuatu atau seseorang, akan menentukan apa yang akan kita dapat daripadanya.Ungkapan terkenal dalam bahasa Inggeris “What you see is what you get”. Maksudnya apa yang kita lihat, itu yang akan kita dapat.
Jika kita ingin kebaikan dalam interaksi dan komunikasi daripada seseorang, bermulakah dengan bersangka baik kepadanya. Mana mungkin kita akan mendapat apa yang baik baik daripadanya jika kita mula dan terus bersangka buruk kepadanya.Jangan ‘menghukum’ nya awal awal lagi.Itulah prejudis.Satu sikap yang negatif yang merosakkan perhubungan yang baru bermula atau yang telah lama terjalin.Tidak sewajarnya kita merasa tidak suka atau benci akan seseorang tanpa asas yang kukuh dan jelas.

Orang yang sibuk ‘menghukum’ tidak akan sempat memberi kasih sayang. Begitulah yang pernah diungkapkan oleh orang bijak pandai.Kekadang, belum pun mula berkenalan, apalagi bercakap cakap…..baru melihat wajahnya sahaja, terus hati terdetik akan keburukan dan kelemahannya.

Ya Allah! Jahatnya hati kita.Siapa kita? Hamba, tuan atau Tuhan?

Sunday, October 7, 2012

Keadaan menjadi lebih sukar

Apabila kita tidak  berilmu, kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar. Kita tidak boleh menjadi orang sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan menjadi orang bodoh. Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah kedoktoran (PhD), jika dia sombong,  ijazah kedoktorannya itu tidak akan menjadikan  dia lebih bijaksana. Hal  ini  kerana,  orang sombong dengan ilmunya  tidak akan suka ditegur dan dibetulkan. Dia  merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara. Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu. Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap ilmunya. Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja.
 
Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri. Seorang yang tawaduk akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja. Dia juga rela ditegur dan dikritik. Kepada orang yang merendah diri, Allah akan berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak.
 
Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah dan manusia tetapi dengan syarat, orang itu merendah diri. Namun sekiranya dia  angkuh, tunggulah, ilmu itu yang akan menghenyaknya ke bawah. Ingatlah, rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu.