Saturday, October 27, 2012

Ketabahan ku diuji lagi part 1

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raja Korban kepada semua..

Di sini aku nak menulis sepanjang aku tak update blog ni yang dah berlaku..

aku gerak ke Tanjung Malim lebih kurang 9.50 pagi..aku sampai jam 12.15 tengah hari. Amy, bini aku masih lagi di campus dengan kerjanya yang belum selesai. jadi aku tunggu dia di tempat parking di rumahnya..
aku tertido, jam 12.50 Amy sampai. saat aku tengok Amy masa tu, mukanya agak pucat dan lemah..aku tanya dia, dia cakap sihat..lepas tu kami g makan tengah hari. lepas makan kami gerak balik, singgah di R & R Tapah untuk solat. selesai solat, kami gerak..sepanjang perjalanan dari Tanjung Malim lagi aku dah perasan yang Amy kurang bercakap dengan aku. Aku tanya satu, dia jawap satu..kadang-kadang yang aku tanya dia tak jawap, aku anggap dia tak dengar pe yang aku tanya..

Sampai di Grik, aku call kakak aku, plan nak singgah untuk berehant sekejap. tapi Amy tak nak..so aku singgah kt JPJ Grik, jumpa Abang ipar aku, salam2. dan kami terus perjalanan..perjalanan yang terus membisu..dekat 2 jam perjalannan tanpa bicara sepatah apa pun..aku tabahkan diri dan tenangkan diri aku.

Sampai di Jeli lebih kurang pukul 7.15 malam. Masa tu hujang tengah lebat, kami berhenti solat di R & R Jeli, selesai solat, hujan masih lebat lagi. Dalam hujan lebat aku berlari ke kereta untuk ambil payung untuk payungkan bini aku..ahhhh...basah aku. tapi aku tak kisah la..basuh pun...

selepas solat, perut pula terasa lapar, kami g makan...saat order makan aku terasa hati..kenapa Amy tinggikan  suara bila aku minta ulang apa yang dia cakapkan sebab aku kurang jelas..ahhhhh..tabahkan hati aku..mungkin dia penat...

selepas makan. kami gerak balik..sampai g rumah mentua lebih kurang pukul 9.30 malam. tak ada orang pun sambut kami di pintu rumah. malah pintu rumah pun kami buka sendiri..Adakah kepulangan kami di tunggu-tunggukan atau tidak..abaikan....

Selepas aku salam dengan kedua-dua mentua aku..aku duduk di kerusi untuk berehat, sedangkan Amy, angkat barang-barang dia masuk bilik tanpa menjemput aku masuk, dia tahu tak yang aku penat sesangat drive...aku dengan langkah yang lemah, menuju sendiri ke bilik untuk mandi dan solat isyak..

Selepas solat, aku baringkan tubuh ke katil, Amy masuk ke bilik dan aku meminta air...selepas tu, dia terus keluar, katanya nak tengok tv..minta la izin dulu kalau ya pun nak tengok tv..jangan tunggu untuk ditanya..ahhhh....aku positifkan diri aku...

Lebih kurang 11..Amy masuk tido..kami tido sesama..sebelum tido..aku bertanya kepadanya,,sayang..sayangkan abang? dia menjawap sayang..sayang rindukan abang?rindu jawapnya...
dan kami tido. lebih kurang jam 2 pagi..aku terjaga..dan tak lama selepas tu, Amy terjaga dan terus ke bilik air..dia masuk bilik, dan solat ..solat hajat fikir ku..sebab isyak dia dah solat..selepas solat, dia sambung tido. aku perhatikan saja dalam gelap, dia tak tengok pun aku..aku kesejukan..dia selimut dirinya saje..tak mengapa, mungkin dia tak sengaja..aku cuba lelapkan mata aku...tak boleh tido...jadi aku g wuduk dan solat taubat dan solat hajat..Selepas solat, aku cuba tido..agak lama untuk lelapkan...

Pagi..aku bangun ..terlewat...Amy pun sama..7.40 solat subuh...selepas solat..aku minum pagi dengan Amy dan kami sambung tido balik..lebih kurang pukul 11.30 kami terjaga,.dan dia ambik phone aku..check 1 per 1 mesej..aku biarkan..tak apa nak risau sebab aku tak ada buat salah apa pun..tapi uang aku hairan kenapa phone dia di tinggalkan kt luar..masa dia mandi ke pe..masa kami duk sekali kat hotel pun phone dia tersorok dalam hand bag dia..tak apa...phone tak penting masa kami bersama..

Petang kami kuar makan kat luar...Malam tu.lepas solat isyak..aku tengok tv sekejap..umi abah keluar beli barang..tinggal aku, Amy dan adik2 ipar aku..pukul 9 suku aku masuk bilik..tak tahu nak buat apa..so aku membaca buku..."Mudahnya Dicintai Isteri" yang aku beli dulu..Amy masuk bilik, dia cakap nak tengok tv..so aku cakap okay yang.abang tunggu sayang dalam bilik..aku malam tu amat pening kepala..Amy cakap umi akan beli ubat..lebih kurang 9.50, Amy masuk dia baru sudah iron baju melayu aku.dan dia cakap nak iron baju dia sekejap je lagi..Aku set time, 30 minit dia siap dah boleh tido..aku tunggu lagi..tengok jam dah dekat sejam lebih dah ni..uhhhhhhhhh..aku sabar je lagi..dan aku kuar bilik mencari amy, aku tengok dia menangis di depan abah..aku jadi mati langkah di situ dan aku berpatah balik...aku tunggu sampai Amy masuk, aku dah dapat tahu nape Amy nangis..aku senngaja tak nak tanya..Amy masuk bilik, aku tanya ..sayang buat pe lama kat luar, dia cakap tengok tv..cite pe.ntah tak ingat..baru je tengok dah ingat..Padahal aku dah tahu yang dia bukan tengok tv..sebelum tido macam biasa la aku bertanya soalan yang sama..sayang sayangkan abang..? sayang jawapnya...dan aku ucap I Love u sayang..dia balas..I Love u too...dan kami tido..

Di pagi raya, aku bangun awal untuk mandi sunat raya..selepas mandi, aku kejutkan Amy...agak liat dia untuk bangun..aku ajak dia solat raya sama-sama..dia uzur pula pagi raya tu..sebelum aku g solat raya, aku bersalam dengan dia..Di dalam masjid, kepala aku pusing-pusing...pening sangat,.Selepas solat raya, aku balik rumah, rasa macam nak pengsan pun ada...aku minta Amy picit-picitkan kepala aku. dan aku minta dia temankan aku g 7E untuk beli ubat..Masa seperti perjalanan balik kampung hari tu..perjalanan terus membisu.

Balik dari 7E, kami tertido sama-sama..bangun-bangun dekat pukul 12.30..aku siap-siap nak g solat jumaat.
sebelum aku g solat,  aku minta Amy siapkan baju untuk balik kampung aku pula..dan aku ke masjid..balik dari masjid, amy ajak aku ke rumah neneknya..untuk makan tengah hari..aku tanya lagi..dah siap belum, dia cakap nak siap selepas g makan..okay kata aku..dekat je rumah neneknya..tak sampai 5 minit pun. Selesai makan, aku tunggu kat luar dekat 45 minit. aku dalam hati..dah lambat ni nak balik kampung aku..dia macam nak lengah-lengahkan masa...pukul 3 lebih baru dia tanya aku, dah nak balik ke...mesti la nak balik...

Sampai di rumah, aku siapkan bag, dan mentua aku masuk dalam bilik cakap Amy tak nak ikut balik..lagi aku pening...ahhhh...Puas aku memujuk untuk balik sama-sama..tapi dia tak nak juga.Abah umi masuk campur hal kami..Aku minta izin dengan umi untuk ajak abah berbincang dalam bilik..sama dalam bilik tu la aku menangis sepuas-puasnya dengan bapa mentua aku..mengadu masalah kami, minta Abah tolong bantu selesaikan..lebih kurang setengah jam juga la...abah nasihatkan supaya tabah dan sabar..aku berenti menangis dan minta abah panggil Amy masuk bilik..aku salam dengan amy, peluk dan mintak maaf...

Amy hantar aku sampai ke pagar dan bersalam..aku teruskan perjalanan dengan air mata di pipi...aku gerak pukul 4 petang..sampai aku d kampung 5.15..aku jumpa mek ayah aku...dan mereka bertanya pasal Amy, aku jawap, amy kurang sihat..

Di malam tu, aku mesej amy seperti biasa....seperti biasa, sebelum tido..aku mesej ucap Selamat malam kepada amy..

I Love U sayang..

uhhh...okay la..selesai part 1..nati kang aku sambung part 2 pulak...

wasalam...



No comments: