Monday, July 16, 2012

Semakin hampir

Assalam dan selamat malam..dah lama aku tak update blog aku ni..ahhh baru seminggu je kan..
okay...minggu lepas, aku dah tak tau nk wat pe nga my tunang aku ni..amy..call xjawap..msg langsung xd balas...so aku ambik keputusan untuk balik kampung...balik la aku nga bus...dari Manjung ke Pasir Puteh pada 10 Julai..sampai kt rumah lebih kurang jam 4 pagi..siap sume, aku tido lebih kurang jam 4.40 pagi...ahhh..penat punya pasal, terlajak subuh aku..bangun pagi..mak saudara aku yang dk Kuatan ada kt rumah..bermalam..lepas borak sume...lepak2 makan..kak nor datang rumah, mintak tolong hantar dia kt airport..dia nk d KL..ada kursus,lepas hantar ke airport. Aku terus ke Rantau Panjang, aku masa otw kt RP, aku tersempak nga Cikgu skolah rendah aku, Sir Zainal, sekejap je borak nga dia..dia hendak ke meeting...

Sampai aku ke rumah amy lebih kurang jam 11.00..mulanya aku dan dia agak susah nak berborak.borak pun sikit sahaja..tambahan pula dengan aku yang kurang sihat dan tak cukup tidur..penat belum hilang lagi..huhuuu..aku kuar nga ummi, amy dan yana..yana adik amy 2nd..terus ke kB. kedai emas..pilih punya pilih, last terkenang nga 1 gelang ni..harga mulanya denkat 2K gak..then tangan amy kecik, so kena potong sikit gelang tu, jadi harganya terpotong juga la..hehee...under bajet lagi ler gelang tu...

lepas tu, kami ke Pakson KB, pilih hand beg pula..dekat sejam lebih..kayu aku tunggu diorang pilih hand beg tu..last2, aku lepak kat luar sorang..biar depa girls yang pilih barang2 tu sume..syukur..hand beg di pilih tak sampai 100ringgit..under bajet...memahami jugak myTunang aku..thanks sayang..aku kt luar ni dah lapar sangat dah ni..huuuhuhuu..lepas bayar, aku ajak g makan kt Nasi Ulam Cikgu..tempat ni best..


RESTORAN Nasi Ulam Kampung Kraftangan mungkin kelihatan sama seperti lain-lain kedai makan di Kota Bharu, tetapi sebenarnya ia mempunyai daya tarikan tersendiri. Menjamu selera di sini melengkapkan kunjungan anda ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Di sinilah lokasi sesuai bagi mereka yang ingin menikmati hidangan sebenar selera orang Kelantan. Walaupun menunya ringkas tetapi ia mencabar selera sesiapa sahaja termasuk mereka yang pertama kali ke negeri ini.

Terletak di dalam Kompleks Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka letaknya rehal gergasi yang menjadi mercu tanda pelancongan di negeri ini, restoran tidak sukar dijejaki. Dikenali juga dengan nama Kedai Cikgu Nasi Ulam sempena nama pemiliknya Cikgu Hamid Idris 58, ia mula beroperasi di sini sejak tujuh tahun lalu. Sehingga kini ia kekal sebagai antara daya tarikan pengunjung ke Kompleks Kraftangan dan kawasan tumpuan sekitarnya.

promok lak aku ni..hahhahha...lepas tu hantar diorang balik...dalam pada itu, aku n amy semakin elok la...xtau la klu xelok lagi kan dah kuar sama2 kan...

Singgah kt Klinik Jo kt P.Mas, ingat kan boleh wat HIV Test kt sana..rupanya...huuuuu, xdapat..kena hospital krajaan gak...

ESOKNYA, aku g RP lagi..sampai sana lebih kurang jam 9.15..awal giler...ummi join sama...g klinik krajaan RP..tanya punya tanya, HIV Test hanya di buat pada hari Ahad sampai Rabu je...then kami ke Pasir Mas lak...sampai sana, di wat hari Ahad je..haaaaaaaahh damn....then kami ke Butik Pengatin..tengok pelamin, baju n bincang sume pasal majlis tu...gempak gempak gak la...kelas gtuuu. Lepas tu, kami ke RP, cari album untuk letak duit hantaran....cari2 punya cari...terjumpa ler..then g makan...lapar la pulak kan...

lepas habis sume, aku hantar ummi dan amy balik...lepak2 jap...aku minta diri untuk balik...kol 3.15 balik..sampai kt PP jam 4suku...singgah basuh kreta jap..huuuhhuuu...dekat kol 6 baru siap...damn aku rasa....xnk dah aku g kedai tu basuh kreta....

Sampai kt rumah, mak aku pula wat muka masam dia..macam marah kt aku je..yea la, aku dah balik lambat..then aku bagitahu yang gelang dah beli sume...hantaran dah beli, n gubahan sume wt kat sana..lagi la dia marahkan..hati mak mana yang tak trasa..maafkan yie mak..bukan niat yie nk lukakan hati majk..yie xnk myusahkan sape2 dalam hal ni,..yie ingat..selagi yie mampu wat sorang..yie akan wt sorang..xnak sape2 pun akan trasa susah dan membebankan....

Hari Jumaat...aku bawak anak2 buah aku g pasar jumaat yang terletak di kampung sebelah,,,hari ni, mak aku dah okay dah..mak aku sekejap je klu marah2 kt anak2nya..I Love U MOM...Esok family amy nak datang..malam tu aku kuar nga anak buah aku, Afnan, Alia dan mak aku ke pasar raya..Pantai Timur, beli kek untuk family amy..

SABTU..pagi macam biasa la aku lepak kt rumah..petang yang ditunggu-tunggu..family amy sampai tepat pada waktu yang di janjikan..2.30...sume datang...mak aku wat laksa penang..aku tau mak jarang wat laksa penang ni tapi untuk bakal menantu nya ni, mak try wat juga. amy masuk dapur tolong mak aku wt pe yang patut..lepas tu makan sume...syukur, sume dah siap makan..n abah mulakan berbicara pasal majlis...ayah pula kerja separuh hari tu untuk ni..Love u Dad..lebih kurang kol 3.30 amy balik bersama family nya..tak trasa masa yang berlalu..sungguh sekejap....pe2 pun thanks amy dan family kerana sudi datang ke rumah aku...Lepas tu aku bawa Afnan gunting rambut,..lebih kurang jam 4.30.sampai kat rumah, Kak Nor baru sampai dari KL..

Malam tu, sempat lagi aku layan bola nga ayah, adik2 aku, spupu, dan anak sppupu..sekejap je aku layan bola..siap2 nk ke stesen bus...bas jam 10.30...Faiz, anak buah aku hantar ke stesen bus...lepas dia tinggal aku sorang kt stesen bas...ahhhhhhhh..tunggu punya tunggu xmuncul2 lagi bas ni..aku dah la nak terkencing..kan aku g tandas kan..tiba2 bas datang..terlepas lak..serba salah aku..sorang2 lak tu..last2 tak tahan, aku nekad gak...pe nk jadi, jadi la..aku g gak tandas....huuuuuu...lepas dapat lepaskan hajad, lega rasanya...lebih kurang jam 11.00..bas sampai....naik bas....dok sekejap..lena...kol 4 terjaga...slow lak bas ni gerak...lebih kurang jam 6.20, aku call Adli, minta tolong dia ambik aku stesen bus Manjung...

Lepas solat subuh.aku rest2 jap..then siap2 g Kursus kt BNS,...habis kursus kol 2..aku balik rumah..relax2..mandi2..n tido jap...kol 5 bangun...lepas asar, siap2 kuar g rumah Adli dan Atoi...ajak diorang kuar g Giant...ada pasar malam lak kt tepi Giant ni..ni cukup bagus ni..lepas cari barang kt Giant..lapar lak kami..aku memang dah set mind untuk cari nasi kerabu..haaaaaaaahhh..terbaik la nasi kerabu ni..pe lagi...terus beli la..sampai kt rumah Adli dan Atoi..terus makan...lepas makan..magrib dah..aku terus minta diri untuk balik...balik rumah..lepak2...susah lak nk tido malam tu...hari lak hujan..mungkin aku dah terlbih tido pada siang nya..tu sebab aku susah nak tido ni..ahhhh....


okay la...aku ngantuk dah ni...assalam..esok2 aku update lak...bye..

untuk sayang...abang sayangkan sayang,.....I                  :-*
                                                                    L.             U
                                                                       O.      E.
                                                                            V.


Saturday, July 7, 2012

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya...



01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini
bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam
ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama
TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL
kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya
untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat
penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar
setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa
menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan
rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,
maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat
kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu
kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya
ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu
hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang
sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai
ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari
sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang
air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang
yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa
beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat
berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang
jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang
yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang
yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak
menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah
dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal
sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat
yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan
sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana
manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang
orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan
para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah
banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan
sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura
pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu
dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu
serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yang pernah memberikan barang yang
berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah
dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan
sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat
riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada
urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia
saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk
dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta
kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam
diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau
bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah
engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan
disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada
berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan
menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang
alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan
nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur
lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau
makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam
dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

"Remember that silence is sometimes the best answer"

Friday, July 6, 2012

J.U.M.A.A.T.

Pagi ni aku bangun awal..aku g kije cam biase la..pagi ni target siapkan kije kt AFT Engine Room.  Pukul 12.20 aku kuar rest. time ngah makan, aku rasa cam y xkena nga telinga aku ni..

Mungkin sebab aku pakai ear plug.wat kije tempat berkurung + panas...berair lak telinga aku ni..ahhh..
dah xtahan dah ni..Hafis bawak aku g klinik....check nga doc..doc kata gegedang telinga aku dah bengkak..aduhhh..patut la rase berdeyut2 je kt dalam telinga aku ni.. Esok aku x g kije..malam ni xtau dapat tido or x...berdeyut2 je telinga ni...

Thursday, July 5, 2012

A.K.U. tak nape harus aku rasa semua ini..mungkin tanpa dia bersama aku, aku terasa sangat rindu padanya. Sebelum ini, paling kurang pun, sekali sehari call or mesej bertanya kaba..tapi buat masa ini dia lebih senang mendiamkan diri..lebih tenang katanya..

Dia cakap aku ni suka putar belitkan fakta? aku sendiri tak tahu pe yang dia maksudkan tu..so sekarang ni, aku diamkan diri juga la..ok la..aku penat..esok kan aku update lagi..
ok

salam..

Wednesday, July 4, 2012

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS )


Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).
-

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") ..
-

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh ...
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

-

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin ...
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).
-

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).
-

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

-

Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh ...
( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).
-

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi..
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) ...
-

Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?) .

Kalau perempuan tanya / kata..


1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak
pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini,
yek. Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak
masak, basuh kain-baju lagi... Makna tersembunyi : Kita
makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju
sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan
saja. Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak
paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you.
You baik,memahami bla bla bla... Makna tersembunyi :
Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa
macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan
awek you yang dulu? Makna tersembunyi : Kalau nak
gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan
aku.

9. Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi
kebahagiaan you. Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena
berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
10.Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang
betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you
berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku
adil. Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil
ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu
sebelum nak menikah lagi satu. Ini cuma contoh saja. 
 
 

Sunday, July 1, 2012

Betapa Kerasnya Hatimu

Sayang,.

Mengapa kerasnya hati sayang ...sanggup sayang diam membisu tanpa kaba berita pada abang...
abang xtau camne nk oujuk hati sayang lagi...
kadang2 abang kecewa nga sikap sayang tu.

sayang mengugut abang ke? yang sayang hantar sms ''mu tunggu la gapo yang mu wat kat aku ni".

pe maksud sayang ni? abang tak nak perkahwinan kita nanti sekadar untuk menutup malu family sayang saja..sikap sayang berdedam ke? ngapa sayang klu marah sangat..bagaikan hilang diri sayang y abang kenal?
sayang panggil abang ni "benggong"..pada masa tu pe yang sayang fikirkan..

Memang silap abang yang  pasal malam tu..tapi sayang faham tak keadaan abang masa waktu tu? faham tak keadaan orang terjaga tidur? lepas terjaga tidur sebab sms dari sayang tu, abang terus tukar password fb abang..pe sebab nk sorok pe2 dari sayang...klu nk sorok, wat pe abang bagi password fb abang kt sayang?
abang terus tukar sebab abang fikir ada orang ceroboh....n abang malam tu terlalu penat yang...malas nk fikir pe dah,n terus tidur..then sayang call abang...tanya abang ngah wat pe? abang cakap ngah tido..3x sayang tanya..dan terus cakap...yang bukan2...n letak hp..

fikir la smula yang...
klu kita ngah makan nasi ...orang bertanya pada kita..mesti kita jawap ngah makan nasi,.walaupun pada waktu tu kita ngah tuang air dalam gelas masa makan malam..lebih kurang camtu la keadaan abang masa tu yang..Jujur x nga jawapan kita bagitahu yang kita ngah makan nasi, sedangkan kita ngah tuang air ke dalam gelas?


Abang banyak kali ternampak d fb sayang ..y sayang wat status seolah2 tersilap wt pilihan y terlalu cepat untuk terima abang. Memang diakui, perhubungan kita ni terlalu cepat proses, dan sekarang tinggal kurang 2 bulan lagi..