Monday, December 31, 2012

Aku Akui


Katakan padaku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus di persalahkan
Ku akui

Aku leka dengan kerjayaku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya hatimu laluinya
Ku akui


Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diriku

Jangan jangan
Jangan ku ulangi lagi

Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau disisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diriku

Saturday, December 29, 2012

Jawapan kepada persoalan yang sering bermain di minda aku.


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? 
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!! 
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? 
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Dengan segala persoalan yang selama ni bermain di otak aku, telah pun ada jawapan, aku jer yang tak mencari. Semua yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku telah pun ditetapkan olehNya. Tidak ada 1 benda pun berlaku tanpa izinNya, kehendakNya.. Sama-sama kita renungkan.

Tentang kehidupan aku..aku akan terus mencorakkan dengan warna warna ceria agar orang sekeliling aku turut ceria bersama. 2013, akan timba tidak lama lagi. tu janji yang pasti. Sebarang kemungkinan akan aku hadapi dengan hati yang tenang..Insyallah..

Untuk sayang aku..sayang tetap di hati abang. Abang terus mengharapkan hubungan kita ni kembali bersinar. Insyallah sayang. Abang sangat rindukan sayang, Kenapa sayang diamkan diri tanpa bertanya kabaran abang? sayang, abang dah 4 hari demam, batuk, sakit kepala, selsema..abang dah g jumpa doktor..Doktor cakap ni demam biasa je tapi bagi abang demam rindu pada sayang tak tahu bila akan terubat.

Sayang..Abang cintakan sayang seperti mana duhulu. Cinta abang pada sayang tak penah pudar sekali pun sayang diam membisu tanpa bertanya kabar abang..Langsung tak pedulikan suami sayang..beribu kali abang call sayang..mesej tak payah cakap la..tapi kenapa satu pun sayang tak balas..kenapa sayang???

Ya Allah, lembutkanlah hati isteriku Ya Allah agar kami dapat kembali bersama semula...Amin...

Mana Mak????


Renung2kan....

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Siapa yang akan mensolatkan jenazah aku kelak?



Saudaraku sahabatku...

- Siapa yang akan memandikan?
- Siapa yang akan mengafankan?
- Siapa yang akan mengangkat keranda?
- Siapa yang akan mensolatkan?
- Siapa yang akan meletakkan di liang lahad?
- Siapa yang akan mendo’akan?
- Siapa yang akan berdiri di sisi kuburan, berdo’a untukmu agar Allah meneguhkan ketika malaikat menanyamu?

Jawablah saudaraku!
Siapa yang akan menangisimu?
- Apakah perokok itu?
- Ataukah orang yang tidak mau tunduk dan solat kepada Robbnya ini?
- Ataukah orang yang meninggalkan puasa dan zakat ini?
- Ataukah orang yang membiarkan isteri dan anak perempuannya bebas berkeliaran di jalanan dan tempat hiburan dengan penampilan yang buruk dan pakaian yang hampir telanjang? Orang yang rela dirinya menjadi seorang dayus?
- Ataukah orang yang bergelumang maksiat dan dosa besar?
- Ataukah orang yang tidak memalingkan pandangannya dari wanita bukan muhrim, memandangnya seakan-akan menelanjanginya dengan matanya?

Saudaraku, siapa orang yang engkau inginkan menangisi kematianmu?
- Apakah temanmu yang mengajakmu ke tempat-tempat minuman keras, ataukah orang yang mengajakmu ke majlis-majlis ilmu?
- Atau orang yang kalau berbicara, tema pembicaraannya denganmu adalah berita-berita artis, bintang film, penari dan penyanyi, serta menyampaikan kepadamu berita-berita cabul dan keji, ataukah orang yang kalau berbicara kepadamu mengatakan,; Allah berfirman .. Rasulullah bersabda?
- Atau orang yang mengajakmu ke tempat hiburan, pantai, sinema dan menghabiskan waktu dengan menonton television serta perlumbaan-perlumbaan ataukah yang mengajakmu ke taman-taman surga?
- Apakah orang yang mengajak atau bersamamu main domino, catur dan tenis ataukah orang yang membukakan untukmu lembaran-lembaran Mushaf Al Qur’an?

Saudaraku
Siapa teman dekat dan sahabat akrabmu? Kami bantu engkau untuk memilih sahabat atau teman yang akan mensolatkan jenazahmu esok.

Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallama bersabda,
“Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk itu laksana berteman dengan penjual minyak wanig dan pandai besi. Seorang penjual minyak wangi engkau bisa membeli darinya atau setidaknya mendapatkan aromanya. Sedangkan pandai besi akan membakar badanmu atau pakaianmu atau engkau mendapatkan darinya bau yang tidak sedap”. (HR. Bukhari)

Cuba engkau renungkan buah dari persahabatan yang baik dengan orang yang baik di dunia sebelum manfaatnya di akhirat!


p/s : Dari Dia Kita datang dan KepadaNyalah Kita akan Kembali....Setiap Yang Hidup pasti akan menemui kematiannya...Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Seminit aje untuk mengenali sahabat


Assalamualaikum...  
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perasaan.......

1. Sekurang-kurangnya Ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan  sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12... Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15... Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama...........,
Bergerak bersama........,
Menangis bersama........,
Melihat bersama dan............,
Tidur bersama..........

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.....
PERSAHABATAN seharusnya seperti itu.............
Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN .............

Ingtan bersama.


PERTAMA.  

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.  

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.  

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.  

KELIMA.  

Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.  


KEENAM.  

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH..  
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN..  

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.  

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.  

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.  

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS.  

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.  

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.  

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.  

Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.  

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.  

KETUJUHBELAS.

 Berpeganglah kepada tiga R:  
1.           Rasa hormat pada diri sendiri;
2.           Rasa hormat kepada orang lain;
3.           Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPAN BELAS.  

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.  

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.  

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU  

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.





Jadilah Seorang Pemaaf


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejatera,

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia adalah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam. Ketika manusia diciptakan oleh Allah SWT, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat pemaaf yang juga disebut sebagai sifat yang hampir di sisi Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah ali-Imran ayat 132)

Kadang kala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan. Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang.

Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang. Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan yang mudah dilakukan. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura ayat 43)

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Bukan penyelesaian

Emosi manusia pula memang mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangannya logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang lojik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan penyelesaian masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga berlakunya pembunuhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan  (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad SAW apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, Nabi menjawab ringkas iaitu “jangan marah”. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya buat kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah SAW tetap mengulangi perkataan “jangan marah”. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadah wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perakara yang ditegah, termasuklah sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang, hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalulah cuba memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil. Bagi orang yang bersifat pemaaf, tiada tersimpan perasaan marah dalam hatinya. Sebab itu, hati orang yang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Hati tidak tenteram

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca dari sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam.

Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini sudahpun selesai. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah SWT terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati adakah perkara itu berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku? Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu, syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang brsifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Renung-renungkan…

Thursday, December 27, 2012

Hebatkah kita ni??


Seseorang yg terukir senyuman manis di wajahnya di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian hatinya terukir dengan kedukaan dan kesedihan
Seseorang yg hilai tawanya menceriakan dan menghiburkan di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian ia menangis keseorangan memuntahkan segala penderitaan yang menyiksakan
Seseorang yg lidahnya petah berbicara meriuhkan keadaan di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian lidahnya sepi membisu membungkam kesepian
Seseorang yg sentiasa memberi kata-kata semangat di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian dia juga mencari punca menyuntik semangat dan keyakinan
Seseorang yg kelihatan begitu gigih dan sabar di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian ia acap kali terjelepok jatuh tersembam ke bumi dalam mengumpul kekuatan

Seseorang yang meringankan tangan membelanjakan wang sakunya di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian dia akan mengikat perut  menyimpan perbelanjaan diri untuk kehidupan
Seseorang yang begitu rasional dalam berdepan sebarang keadaan  di hadapanmu
Sesungguhnya saat  ia bersendirian adakalanya emosi mengatasinya di dalam membuat sebarang keputusan
Seseorang yang memberikan segala kudrat tenaga untuk memudahkan urusan harianmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian sering kali jasadnya mengeluh dan mengadu kesakitan
Demikianlah kita

Walau sehebat mana di hadapan manusia
Saat kita bersendirian
Kita juga perlukan sokongan
Saat kita memberi harapan
Hakikatnya kita juga inginkan dorongan
Saat kita keseorangan
Kita juga inginkan kekuatan
Kerana kita hanyalah manusia biasa
Punya kekurangan dan kelemahan
Walau sehebat mana kita
Kita perlukan Tuhan!

Wednesday, December 26, 2012

Ku yang menyintaimu

cehhhhhhhh, tajuk nak sama juga dengan tajuk novel tu..tak kisah la yang tu.

Minggu ni aku asyik teringat kat bini aku je..setiap masa aku asyik dok fikirkan pasal dia, walaupun aku tengah kije. aku mesti focus pada kije aku...aku tak ni hal ni dicampur masa aku tengah kije..

Isnin petang, Kakak aku call, bercerita pasal banjir di kampung, n bercerita pasal bini aku..kak minta aku lepaskan dia. Mana mungkin aku lepaskan dia, aku sangat sayangkan dia. Kak minta aku fikirkan hal ni semula. takut masalah kecil dikemudian hari nanti, dia besarkan masalah dan benda ni terjadi lagi.

Sekarang aku mesej dia macam biasa, soal dia nak baca or x tu belakang kira. walau dia tak penah balas. aku terus mengharapkan cintanya kembali bersinar. 


Saturday, December 22, 2012

Sampai bila aku boleh pertahankannya

Assalam dan selamat malam..agakmya aku sibuk untuk update blog ni. Blog ni tempat aku catitkan pe yang berlaku dan aku rasa untuk terus menulis tentang diri aku. Minggu ke 2, Bratt datang Lumut untuk audit project ni. Mencari apa silapnya akan project di sni. ahhhhhhhhhhhh takkan di blog aku pun nak bercerita pasal kerja kot..sikit-sikit sudah la kan bercerita pasal kije ni. okay

 Minggu lepas, aku pergi ke Tangjung Malim> aku tak bagitahu bini aku yang aku nak kesana, cuma sebelum gerak, aku mesej kakak aku, dan mentua aku..yea la..jadi apa-apa kat aku dalam perjalanan, at least diorang tau yang aku nk pergi tengok bini aku, bertanya kaba dan tengok sendiri dengan mata aku, sihat ka dia, camne keadaan dia sekarang ni. dah la mesej dia tak penah balas dan bertanya kaba akan aku sebagai suaminya, aku sampai di Tg.Malim lebih kurang 6.20 petang..aku tunggu di bawah. mencari kereta kawan-kawannya.tak ada...aku call,jangan harap dia nak jawap.kelas dia habis jam 6..lebih kurang 6 suku paling lewat dia sampai di rumah.aku tunggu sampai jam 7, lom sampai lagi..mungkin dia ke pasar malam agaknya ni..aku call mentua aku..mentua aku pun macam nak tak nak je tolong aku..okay fine..aku minta kakak aku..kak call pun dia tak jawap..lebih kurang jam 7 suku, kereta viva Yatt, kawan dia sampai, aku perhati dari jauh. dan kelihatan bini aku baru kuar dari kereta..aku terus mendapatkannya..dia agak terkejut dengan kehadiran aku. tengok je muka aku, dia cakap pe korang tak tahu...dia suruh aku balik..salam pe pun tak,pandang muka aku nak tak nak je.aku sampai penat-penat, dia suruh aku balik. ahhhhhhhhhhhh...
benggong aku dibuatnya..aku ajak dia g makan, dia cakap dah makan...aku minta dia temankan aku g makan..dia tak banyak cakap..aku yang bertanya akan hal nya..dia masih dengan sikap dinginnya pada aku..
aku tengok dia,,cincin kahwin, gelang kahwin, jam kahwin semua dah tak kelihatan .dia dah tak pakai sume tu.kosong...pasrah hati aku..aku bertanya kat dia,betul ke dia nak berpisah..dia jawap ya,,aku tak nk cakap pe dah..minggu ni dia balik kampung..tamat sudah semesta dia tahun ni..tinggal lagi 1 semesta je la,dan dapat la dia pe yang di cita-citanya segulung Master.

Lepas makan, aku terus balik, sebelum balik, aku pegang erat tangannya..salam dengannya..aku kucup dahimya..air mata aku tak berhenti mengalir dari awal pertemuan lagi. bukan aku tak tabah, tak aku terlalu sayangkan dia, aku terlalu sayangkan rumahtangga aku,

sayang tau tak..abang sangat sayangkan syg tapi kenapa sayang minta kita berpisah...andai sayang baca blog  abang ni..dan abang dah tak ada di dunia ni lagi..sayang jaga la diri sayang elok2..sayang carilah yang terbaik untuk diri sayang. berbahagialah dengan orang yang sayang pilih. andai jodoh dan umur kita masih panjang..
abang tak kan sia-sia peluang yang di bagi untuk bahagiakan sayang..


Saturday, December 8, 2012

Dimana hilang cintamu

sayang, dimana hilang cintamu yang sekian lama kita bercinta..
abang akan terus mencari sinar cinta kita.

Wednesday, December 5, 2012

Tiada Tajuk...

Assalam, hari aku nk coretkan sedikit kehidupan aku..

Minggu ni minggu kepenatan, agak sibuk dan banyak kerja untuk diselesaikan di site.

Isnin, dari awal pagi hingga petang.aku sibuk dengan test pipe..masuk air dalam pipe kt kapal..sana sini bocor. yang aku tidak tahan, aku di paksa still until 7 pm leh client..malam lak ada discussion dengan Project Manager lak. 6.20 aku bla ..xtahan nak tunggu.tak sampai 2 minit masuk kereta, hujan turun selebatnya..uhhhhh...syukur cepat balik..

Selasa pun sama, tapi balik awal cikit..jam 6.45. meeting jam 6.30 baru habis..

Rabu..hari ni..pagi macam biasa la..jam 4.aku call mentua aku. bertanyakan keadaan bini aku..rupanya bini aku pagi tadi gerak balik ke tg.Malim. keadaannya masih trauma lagi. doktor cakap rawatan masih diperlukan lagi..apa yang mentua aku nasihat, minta aku bersabar banyak2..dan aku perlula bersabar.

Keadaaan di site. masalah yang sama..dari dulu lagi. pasal manpower ..untuk kerja-kerja piping, paneling, hanya 3 orang sahaja..aku pening camne nk buat..piping yang paling banyak kerja. sekarang tengah preparing for flushing pipe chiller water. paling kurang 6 orang perlu ada. ni dengan aku skli terpaksa turun buat kerja-kerja tu..memang la aku ni bukan boss..aku hanya mngantur pekerja dan berurusan dengan client. tapi tu bukan cara aku wat kerja.aku suka turun sama dengan pekerja untuk siapkan kerja..biar penat tapi puas hati ..

untuk belom masuk lagi yang piping yang pending..STP, Hot n Fresh water pipe..ni kena wat pressure test.begitu juga dengan kt AFT Aux Engine Room...kena wat Pressure Test pipe juga..compartment ni lagi la susah n rumit...mahu ambik masa 3 minggu untuk siapkan compartment ni saja kalau camni la manpower..


ahhhhhhhhhh..aku dok tulis ni sume..korang bukan faham pe pun..aikkk..suka hati aku la,.,nk tulis pa pun..ni blog aku..hehhehehe..gurau je ler..

okay la....

assalam./.see u ..
I love u myWife..
miss U

Sunday, December 2, 2012

Ahad

Seperti Ahad sebelum ini, jika aku tidak ke Tangjung Malim untuk jumpa bini aku, kami sibuk dengan berSMS or bertelefon tapi sekarang 1 sms dan 1 call pun tidak aku. Dia diam membisu, aku menjadi bisu tanpa bicara.

Hari ni aku kerja..terpaska masuk kerja untuk siapkan bahagian aku ni..dah delay banyak hari dah. Client dah bising dah. Masalah manpower ni..Aku pening..tak tahu nak wat camne lagi..Bukan duit aku yang bayar gaji. Kalau aku bayar gaji untuk manpower dah lama aku ambil workers yang betul-betul hendak kerja..

Masalah tetap ada di mana-mana kita berada, sama ada masalah tu besar mahupun kecil, kita kena bijak mengawal masalah itu. Walau banyak sekali pun masalah tu, jangan sesekali kita campur semua masalah yang kita hadapi menjadi satu. Sebaliknya kita pecahkan masalah yang ada itu menjadi semakin kecil, kecil sekecilnya supaya senang untuk kita hapuskan masalah tersebut. Sebenarnya, dengan pengalaman yang bermasalah tu yang banyak mengajar kita erti hidup dan bersikap dengan lebih matang lagi. bak kata orang, masalah itu mendewasakan kita dari segi pemikiran, tindakan, tuturkata, bual bicara, ketelitian, persahabatan, pengurusan..ahhhhhhhhh..nak list satu-satu, rugi la..banyak ni...fikir la sendiri erkk....hahhahaa.

Sudah jam 10 lebih ni..nak tidur lambat lagi mengantuk. nak sms, bini diamkan diri. nak fb..boring sudah dengan fb..blogger la...lagi pun blog ni macam diari hidup aku..Tempat luahan hari aku yang ke 3...erkkkkk
kenapa yang ke 3.yang pertama aku luahkan pada Allah, kedua, bini aku tapi dia dah diamkan diri.tak mau berhubung dengan aku dah...tempat kedua jatuh kepada keluarga aku ler....yang ke 4 kawan-kawan aku..yang banyak bagi sokongan pada aku..thanks u all...

Apa nak dibuat ni erk...

Semalam, balik kerja.aku nak ke Tesco hajatnya, nak beli speaker..tapi dalam perjalanan ke Tesco, aku ternampak 1 kedai akuarium..aku pe lagi U turn ler..tak jadi ke Tesco. G usha kedai akuarium tu, last sekali lagi beli 1 akuarium yang agak cantik ler bagi aku..dan beberapa spesis ikan kecil yang cantik-cantik dan comel.


ok la. untuk sayang aku..

Abang cintakan sayang..seperti mana duhulu lagi..( bukan tajuk lagu)

I Love U sayang...Siti Amirah Tarmizi...

Saturday, December 1, 2012

Kerja Kerja Kerja...lalalallalalaa

sayang..abang tidak tahu macam mana untuk memujuk hati sayang yang semakin keras membatu..erkk bukan membisu,.apa-apa saja la..yang pihak aku bagitahu lepaskan saja kalau dia masih berkeras juga..yang belah pihak mentua aku, meminta aku bersabar dan terus bersabar..aku faham apa yang diorang fikirkan sekarang ni..buntu mencari jalan penyelesaian yang semakin kusut...

Berat bahu memikul, berat lagi hati dan otak memikirkan hal ni...ahhhhhh..

Lagi satu masalah yang timbul, masalah ni berat juga tapi camne leh timbul erk...sepatutnya tegelam la kan...
Ini la kehidupan...Life is life..Masalah kerja..bukan masalah di tempat kerja tapi masalah datang dari office.
dari pihak pengurusan yang amat mementingkan diri sendiri dan poket sendiri tanpa memikirkan soal staff yang penat lelah berkerja tanpa meminta lebihan.

Kerja 8am - 5,30 pm, mengikut waktu projek. Aku ni antara staff yang tidak dibayar gaji kerja lebih masa,
Jadi kerja macam mana sekali pun. tidak akan di bayar. Sudah banyak aku berkerja kadang-kadang lebih pukul 12 tengah malam, Ahad pun masuk kerja.Apa boleh buat, focus kena bagi, client minta macam-macam. Kalau boleh kerja 24jam. Penat. memikirkan hal ni.

 Kat sini bukan aku nak mengungkit apa yang aku dah buat tapi biar buka mata orang-orang yang mementingkan diri sendiri ni. sungguh sakit hati. Mengikut "undang-undang"  syarikat, elaun bagi staff projek RM65 per day. okay la juga tu kan..tapi tiba-tiba elaun kami di turunkan menjadi RM50 per day. dengan alasan ini projek M & E, bukan Oil & Gas seperti mana yang aku dapat sebelum ini. yang kena potong elaun tu aku boleh terima dan bersabar lagi. Tidak lama selepas itu, elauan kenderaan di tarik, fuel tidak boleh claim, kena juga kenderaan sendiri..Dengan alasan kami pergi kerja macam orang HQ pergi kerja dari rumah ke office. Fuel mana boleh claim kan orang HQ ke office dan balik kerja macam tu juga, mana mungkin boleh claim kan...

Tapi ni senggal..ni kerja projek..kat site.bukan kerja kat office. dan berita terbaru aku terima, elaun yang RM50 tu tidak akan di beri lagi. dan surat pertukaran staff ke Lumut akan di keluarkan mulai tahun hadapan..perrrrkkkkkkkkkkk...dan kami tidak boleh balik kerja di HQ lagi..nak tak nak, kami kena kerja kat sni juga dengan hati yang pasrah..gileeeerrr laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa camni...

dan macam-macam hal lagi akan timbul selepas ni..aku rasa tidak tahan lagi dengan perangai boss yang tak tahu menghargai staff ni..

tunggu dan lihat apa yang boss dapat lepas ni....



Kesepian, Kesunyian, Kesabaran, Ketabahan

Sudah lama aku tidak update blog aku ni. Masa aku seharian aku cuba sibukan diri aku dengan kerja di projek ni. Aku nak coretkan pasal diri aku pertamanya. Yang pertama, pasal proses rundingan di pejabat agama tempoh hari. Pada hari tu, aku gerak awal, dalam pukul 8.30 aku dah gerak pergi, padahal dalam surat tulis pukul 11. tapi aku memang nak gerak awal, so suka hati la la yea..alasan aku mulanya aku nak g ambik bini aku di Rantau Panjang, tapi dia dah gerak dengan ummi dan abah. so gerak la aku sendirian. sesampai aku di pejabat aku lebih kurang jam 9.50. aku berehat. mesej dia, langsung tak di balas, call lagi la...aku tak tahu nak buat apa..lebih kurang jam 10.40 diorang sampai. ajak aku minum sekali. dia masih dengan sikapnya yang tidak mahu bercakap dengan aku. takkan aku nak paksa dia bercakap dengan aku kan..tapi aku buka jalan untuk kami bercakap..dia masih camtu lagi..

Tunggu punya tunggu untuk giliran prundingan, lebih kurang jam 1 petang baru kami di panggil. ramai jugak pasangan untuk dirunding. Semasa dalam proses tu, aku tak tahu fungsi pengawai agama tu. dia hanya mendengar je. langsung tak bagi pendapat or cadangan untuk kami berbaik semula..Bini aku tetap dengan keputusannya. tetap mahu berpisah dan aku tetap dengan keputusan aku tidak mahu berpisah.
\
Sejak dari hari tu, dia langsung tidak pedulikan aku lagi. Pada hari aku nak gerak balik ke sini, aku singgah jumpa dia, tetap camtu juga keadaan aku dengan dia. Hari ni, dia masih dengan sikapnya..Aku call mentua aku, macam biasa, mentua aku minta aku bersabar dan terus bersabar untuk pertahankan rumahtangga kami ni. memang aku sayangkan dia. dia isteri aku..

Aku berdoa agar dia diberi ketenangan dalam membuat keputusan untuk masa depan yang masih panjang dan penuh dengan cabaran dan dugaan.

Untuk sayang..cinta abang tidak penah pudar..

I Love u sayang..