Saturday, December 1, 2012

Kerja Kerja Kerja...lalalallalalaa

sayang..abang tidak tahu macam mana untuk memujuk hati sayang yang semakin keras membatu..erkk bukan membisu,.apa-apa saja la..yang pihak aku bagitahu lepaskan saja kalau dia masih berkeras juga..yang belah pihak mentua aku, meminta aku bersabar dan terus bersabar..aku faham apa yang diorang fikirkan sekarang ni..buntu mencari jalan penyelesaian yang semakin kusut...

Berat bahu memikul, berat lagi hati dan otak memikirkan hal ni...ahhhhhh..

Lagi satu masalah yang timbul, masalah ni berat juga tapi camne leh timbul erk...sepatutnya tegelam la kan...
Ini la kehidupan...Life is life..Masalah kerja..bukan masalah di tempat kerja tapi masalah datang dari office.
dari pihak pengurusan yang amat mementingkan diri sendiri dan poket sendiri tanpa memikirkan soal staff yang penat lelah berkerja tanpa meminta lebihan.

Kerja 8am - 5,30 pm, mengikut waktu projek. Aku ni antara staff yang tidak dibayar gaji kerja lebih masa,
Jadi kerja macam mana sekali pun. tidak akan di bayar. Sudah banyak aku berkerja kadang-kadang lebih pukul 12 tengah malam, Ahad pun masuk kerja.Apa boleh buat, focus kena bagi, client minta macam-macam. Kalau boleh kerja 24jam. Penat. memikirkan hal ni.

 Kat sini bukan aku nak mengungkit apa yang aku dah buat tapi biar buka mata orang-orang yang mementingkan diri sendiri ni. sungguh sakit hati. Mengikut "undang-undang"  syarikat, elaun bagi staff projek RM65 per day. okay la juga tu kan..tapi tiba-tiba elaun kami di turunkan menjadi RM50 per day. dengan alasan ini projek M & E, bukan Oil & Gas seperti mana yang aku dapat sebelum ini. yang kena potong elaun tu aku boleh terima dan bersabar lagi. Tidak lama selepas itu, elauan kenderaan di tarik, fuel tidak boleh claim, kena juga kenderaan sendiri..Dengan alasan kami pergi kerja macam orang HQ pergi kerja dari rumah ke office. Fuel mana boleh claim kan orang HQ ke office dan balik kerja macam tu juga, mana mungkin boleh claim kan...

Tapi ni senggal..ni kerja projek..kat site.bukan kerja kat office. dan berita terbaru aku terima, elaun yang RM50 tu tidak akan di beri lagi. dan surat pertukaran staff ke Lumut akan di keluarkan mulai tahun hadapan..perrrrkkkkkkkkkkk...dan kami tidak boleh balik kerja di HQ lagi..nak tak nak, kami kena kerja kat sni juga dengan hati yang pasrah..gileeeerrr laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa camni...

dan macam-macam hal lagi akan timbul selepas ni..aku rasa tidak tahan lagi dengan perangai boss yang tak tahu menghargai staff ni..

tunggu dan lihat apa yang boss dapat lepas ni....



1 comment:

dee said...

alamak cian adik akak....bos mana yng buat hal tu????? yang mana satu?????