Sunday, November 11, 2012

Tenangkan hatiku Ya Allah

Assalam dan apa kaba semua,

sudah seminggu aku tidak update blog aku ini. dek kerana sibuk dengan kerja seharian dan kekusutan hati aku semakin bertambah.

Aku bagai tidak percaya masa aku terima panggilan daripada kakak aku dari kampung, yang mana surat dari Maljis Agama telah menghantar surat untuk aku handir ke majlis agama bagi proses rundingan atau di sebut maljis Sulh, yang membawa maksud 'putus pertengkaran' dalam bahasa arab. Manakala pengertian] syarak membawa maksud suatu perjanjian yang dimeterai bagi menyelesaikan perselisihan / pertikaian di antara pihak-pihak yang beragama Islam. Aku mesti hadir pada 14hb ni. Ini kerana bini aku telah membuat aduan akan kes kami ni ke Pejabat Agama Pasir Mas.

Kepada keluarga aku, aku minta meminta maaf, bukan aku tidak mahu bercerita dan membelakangi keluarga, tapi biarlah aku yang tanggung semua ni selagi aku mampu tanggung. Sekarang semua keluarga aku telah tahu akan hal ini . Aku buntu, Aku pasrah..

Aku rujuk dan minta pendapat dari bloger's, ada yang menyatakan kes kami ni payah untuk bini aku tuntut Fasakh sebab kes ni bukan kes berat. Tuntutan fasakh hanya dilayan sekiranya suami menzalimi isteri, atau suami tak menunaikan nafkah zahir dan batin.

Walau apa pun, aku telah berkeras untuk  tidak menceraikannya. Bini aku ada cakap, sampai bila dia nak menjadi kurang ajar dan tak hormat pada aku, aku cakap, biar masa yang tentukan..

Setiap kali sebelum tido, aku akan call dia, ucap selamat malam, dan I Love U..disambut dengan ucapan darinya I Love u too...Ada aku bertanya kepadanya, sama ada dia masih sayangkan aku tau tak..dia cakap masih sayangkan aku...Sekarang ni jiwa dia amat tertekan dan tambahan lagi dengan tugasannya semakin banyak..Bila aku cakap camtu, dia jawap, tak ada kaitan pun dengan masalah kami dengan tugasannya itu. Pada aku, bila dia kurang tidu, penat, otak penat, badan penat, fikiran susah untuk mengawal. Sekarang ni aku bagi dia masa, aku tak memaksa dia untuk serta merta menjadi seperti dulu, ambil masa sedikit demi sedikit.




No comments: