Thursday, January 17, 2013

Can't Sleep

Assalam dan selamat malam ..aku tadi dah ready untuk tidur dah..dan dah terlelap dah..dalam sedar tak segar, D call aku, dia nak bercakap dengan aku sekejap..aku xpenah bagitahu kt dia yang aku ni kalau dah terjaga dari tidur dan nak tidur balik..ahhhhh memang susah jugak ler..tengok mata dah jadi segar dah, nak tidur tak dapat lagi.aku tak salahkan dia. Aku sangat suka caranya..kalau dia baca ini, mesti dia tersenyum dengan sendiri or wat mulut OOOOOOOO dia...hahhahha..

. Hari ni hari yang sangat busy..petang tadi, dapat meseg ym dari kawan lama yang lost contact. bertanyakan kabar aku dah wife aku. tidak ada pa yang aku harus rahsia darinya, sebab kami dah lama berkawan cuma dah dekat 2 tahun lebih tak contact. so aku cerita la kat dia serba sedikit, aku tak ada masa nk crita detail so aku bagi link blog aku ni..dia doakan kami bahagia..lalallalallaaaaaaaaaaa.amin amin...

Balik dari kerja, lepak minum kat KD Rahmat, makan ABC dengan Hafiz dan Pejal, dekat magrib aku dengan Hafiz terus ke Tesco untuk solat dan beli barang..aku tak tau nk beli barang apa..Hafiz tengok Note II..Jalan-jalan tersinggah kedai Takasima...Tertarik dengan duta Takasima..Amy Mastura...oooo tertarik tidak sama sekali..tengok punya tengok, aku beli ler Eye Massager..Tengok modelnya saje dah cukup menyegarkan mata..hahaha..belom gunakan Eye Massager itu lagi kan..taktik pengeluar sekarang.selalu gunakan model yang segarkan lagi cucikan mata para pengguna terutama lelaki..hahhahhahahhahaa ( gelak nakal). Apa pun memang segarkan mata setelah pertama kali menggunakannya.



ahhhhhhhhhhhhhhh..dekat jam 1.00 pagi dah, nape aku tak mengatuk lagi ni..sesekali aku baring tadi, teringat dan terfikir akan masalah yang aku hadapi ni..aku tarik nafas panjang.. ahhh aku cakap, aku tak boleh duk dalam bilik...aku g bawah wat air dan jemur pakaian aku..patut isteri aku yang jemurkan pakaian itu semua. Sabar je Khairilll wooooooooooooooiiiiiiiiiiiii..Kau seorang yang tabah. (Adakah ini salah satu ayat untuk menyedapkan hati dengan resepi 3 rasa)...

Apa yang akan berlaku, Allah sudah tetapkan semua..Tidak ada satu benda yang bergerak sendiri di alam ni tanpa izin dari Yang Maha Kuasa lagi Maha Besar..


Sekarang tiba masanya, untuk aku cuba lelapkan mata aku. Badan penat tapi mata pula buat hal, tak nak ngatuk lagi..Esok siapla kau wahai mataku kalau kau menangtuk masa aku nak buat kerja..

Jika aku lelapkan terus mata aku untuk buat selama-lamanya. sampai pesanan ini kepada isteri..Aku dah maafkan dia. aku ampunkan dosa-dosanya terhadap aku, cakap yang aku redha apa yang dia buat pada aku. Aku halalkan makan minumnya.

Mata ooo mata kiri dan kanan, jangan kau mengalirkan air mu yang terlalu berharga itu. Jika kau alirkan air untuk megenangkan dosa-dosa yang lampau, itu adalah lebih baik. Terhapuslah dosa-dosa yang lampau itu dek kerana mengalirnya air mata.

Mohd Khairil Izwan Mat Nor..tidur la Engkau dalam senyuman dan dalam hati yang tenang..moga esok dipermulaan harimu penuh dengan keceriaan...

No comments: