Tuesday, January 8, 2013

Memikirkan jawapan tepat

- Bangkok 2010-

Suatu ketika dulu, aku seorang yang ceria. bebas dan aktif dalam kehidupan aku. Gelak tawa aku membuat orang sekeling aku turut ketawa riang. Itu suatu ketika dahulu, kehidupan aku seperti berpusing 360 darjah sekarang ni. aku kerap bersendirian, bersedih, memikirkan masa depan yang aku lalui. Ujian yang aku terima. tak pasti di penghujung keputusan yang aku akan buat. Aku kena lepaskan antara 1, aku tak boleh ambil kedua-duanya. Yang pasti aku nampak jelas di depan aku, dan yang 1 lagi gelap tanpa sedikit pun sinar cahaya. Binggung aku memikirkan keputusan yang aku harus buat dengan tepat. Aku tak mahu sedikit kesilapan dalam membuat keputusan, kesannya berpanjangan sampai hujung nyawa.

Aku harus membuat keputusan dengan cepat dan tepat demi masa depan aku di dunia dan di akhirat. Aku sangat mengharapkan Tuhan memberi aku pentunjuk yang jelas dan membantu dalam membuat keputusan ini. Aku tidak boleh memikirkan diri sendiri sahaja. Aku harus memikirkan juga akan orang di sekeliling aku juga. Semua tu aku kena ambil kira, semua itu aku harus jaga hati semua pihak, sebab aku bukan hidup di dunia ini seorang diri. Aku mesti memikirkan pasal keluarga aku juga. Apa pun keputusan yang harus buat dan beri jawapannya, harus harus tabah dan berani dalam membuat keputusan.

Ya Allah tolong la hambaMu yang lemah ini dalam membuat keputusan.


No comments: