Monday, January 14, 2013

Cukup Cukup Sudah

Assalam ..hari ini aku bangun lebih kurang jam 6..sambil dk ambik mood untuk pergi mandi, aku dikejutkan dengan panggilan daripada Sinar, kejutkan aku..:). Pergi kerja macam biasa la. Macam-macam hal di site. Manpower lambat. huru hara aku rasakan project ni. Ahhh, kadang terlintas di fikiran aku pasal tarikh 21hb ni yang semakin hampir. Genap 5 bulan perkahwinan. Kahwin 22hb Ogos 2012, Baru mahkamah 21hb Januari 2013.

Indahnya perkahwinan tu tidak penah aku rasainya. Berat ujian yang Engkau berikan padaku ni Ya Allah..

Ya Allah, jika Siti Amirah itu jodoh aku, Kau selamatkanlah rumahtangga aku ni Ya Allah, Kau satukanlah hati kami berdua seperti Kau satukan hati Adam dan Hawa, Kau rahmatilah kami Ya Allah. Kau berkatilah kami ni Ya Allah. Kau permudahkan urusan kami Ya Allah..

Ya Allah, jika Siti Amirah tu bukan milikku, Kau bawalah dia pergi sejauh-jauhnya dari ingatanku ni Ya Allah, Kau pertemukan aku dengan orang yang lebih baik dari dia Ya Allah. Kau bahagiakan dia lebih daripada aku bahagiakannya sebelum ini.

Sungguh berat hati aku untuk membuat keputusan ini, tapi aku harus terima yang dia sudah tidak ada rasa sayang lagi pada aku. tidak ada rasa kasih lagi pada aku. Kalau ini salah satu ujian dariMu Ya Allah..Aku pasrah, Aku akur dengan ketentuan ini..Aku doakn dia ditemukan orang yang dia idamkan selama ini.



Tabahkan hati hambaMu ni Ya Allah. 
Dalam paksa aku terpaksa lepaskan kamu pergi.



No comments: