Sunday, January 13, 2013

Apa sudah jadi ni KhairiLLLLLLLLLLLL

Assalam dan apa kaba rakan bloger. Hari minggu yang suram. Sabtu tidak apa yang aku nk buat. melepak di rumah dan tengok tv. Tergerak hati untuk aku mesej mentua aku bertanya kaba dan bertanya di manakah isteri aku sekarang ini. Mentua aku cakap isteri aku ada di kampung. Terkejut juga aku dengan berita itu, yealah, mentua aku dah sedia tahu yang aku dengan Amy tidak berhubung dan dia diamkan diri aku, sekurang-kurangnya mentua aku bagi la berita yang Amy dah balik kampung kat aku..Ini tak, dia pun diamkan diri juga. Aku tabahkan hati dan berfikiran positif. Malam tu terus aku mesej Amy bertanyakan kabar, macam biasa dia memang tidak menjawap mesej aku. Call lagi la tidak jawap. hati dia memang dah tidak ada langsung pada aku. Pagi, aku bersih aquarium aku, time aku tengah bersih, tiba-tiba retak lak..aku beli silicon untuk repair aquarium aku tu. Sementara tu, terpaksa aku ikan aku check in kat tempat lain dtulu. sabar yea ikan-ikan aku sekalian..Ini sementara je yea..Silicon kering sepenuhnya selepas 48jam.

                                                   Aquarium Sementara Ikan aku


                                             Silicon pada Aquarium in Progress




Teluk Seringin, Perak.

Pantai Teluk Seringin.

Aku tidak dapat tidur..layan tv, baca blog..dan tengok gambar-gambar yang g jalan-jalan minggu lepas..Tengok gambar-gambar, terasa tenang di hati. Walau laut bergelora, tapi tenang hati tengok kejadian ciptaan Allah yang Maha Esa. Lama melepak di tepi pantai..mencerita pelbagai cerita di tepi pantai.kan best kalu boleh lepak sampai malam di tepi pantai, tapi apa kan daya, Sinar hanya boleh bersinar di siang hari saja, malam hari Sinar itu xboleh bersinar. Sinar itu dijaga rapi. o Aku tidur jam 3.30 pagi.

Ahad, bangun awal. kuar g beli kuih dan paper..lepak di bawah tengok tv..lebih kurang jam 12 lebih aku tidur. time aku tidur.  Jam 3 baru bangun. Lepas asar aku kuar g makan..Sorang diri. Teringin nak makan sup ayam..sampai di kedai..ubah fikiran nak makan sup dading pula..Makan sup daging bersama Kailam Ikan Masin dan teh 0 limau manis. air kegemaran aku. Aku balik rumah masa orang tengah azan Magrib.
Lepas mandi dan solat..Kak Nor call, dia bagitahu surat mahkamah sudah sampai. Surat tuntut cerai dari isteri aku sendiri. 21hb Januari ni. Mak aku minta aku balik 19hb, balik awal, supaya aku boleh cool down diri aku. Aku nangis masa Kak Nor call td. mak aku minta aku lepaskan saja Amy, dia cakap anggap la jodoh kami ni tak panjang. Sepuas-puasnya aku nangis tadi.




Terima kasih kepada Sinar aku yang sentiasa memberikan aku semangat.

No comments: