Tuesday, January 1, 2013

01.01.2013

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selasa, hari ni hari pertama 2013..sekejap je masa berlalu. Ada suka, ada duka, ada lara, ada gembira yang berlaku 2012. Apa yang aku nak sampaikan di sini, penutup 2012 aku penuh dengan duka lara. Mengajar aku untuk hidup lebih tabah. Mengenangkan si dia yang entah di mana hilangnya.

Aku kuatkan semangat dengan adanya keluarga aku yang ambil berat pasal aku, memberi semangat untuk aku teruskan saki baki hidup ini. Entah esok atau lusa aku akan pergi buat selama-lamanya. Dunia ini hanya pinjaman dariNya. Tak lupa juga kepada kawan-kawan aku yang sentiasa di sisi aku. Yang sudi mendengar luahan hati aku. Aku bertuah, sebab kawan-kawan aku setiasa ada bersama kau apabila aku perlukan tempat untuk luahan apa yang aku rasai. Rasa terlalu berat untuk aku pikul.

Tahun baru tiada yang istimewa sangat. hari ni aku aku bangun agak lambat. Semalam aku tidur lewat siapkan report kerja sambil ditemani kawan aku. Dia memberi sedikit aku semangat untuk kerja dan hidup ini. Sudi mendengar luahan hati aku, setiap kali aku berceritakan masalah aku padanya, air mata aku terus mengalir. Dia seolah-olah faham dengan masalah ni sebab kadang-kadang dia turut menangis bersama. Dah lama aku tak gelak tawa, bergurau senda, asyik fikirkan masalah dan sibuk dengan kerja. tapi aku sempat mencuri masa untuk bergurau senda bersama kawan aku tu.

Bangun pagi, aku bersihkan kereta. dan masak untuk makan tengah hari. Hari ni aku masak ayam goreng kunyit black paper kicap, macam pelik bunyinya kan..tapi tu la aku.aku suka mencipta resepi aku sendiri, mak aku akui dengan sikap pelik aku tu. dan aku masak telur dadar, dan last sekali, ikan masim berlada..

Lepas makan, aku rest jap tunggu zohor dan kuar tengok wayang dengan kawan aku. best dapat spend masa bersamanya, Lupa masalah kerja dan peribadi. Pukul 5 lebih aku balik rumah. Lepas solat asar, aku sambung siapkan report kerja..sebelum solat magrib, aku mengemas bilik, lipat baju-baju yang basuh hari ni dan yang minggu lepas, tak berlipat lagi. Malam ni dapat la aku rest sikit. Kerja dah siap.


Untuk sayang aku..sudah sayang. Sampai bila sayang nak diamkan diri dengan abang ni. Sampai abang tutup mata untuk selama-lamanya ke? Jika abang tiada lagi di dunia ni, sayang sedekahlah Al-Fatihah kepada abang setiap waktu solat sayang. Moga abang tenang di sana nanti.Kucuplah dahi abang sebelum kain kafan ditutup rapat. Kucup la sayang seperti abang kucup dahi sayang setiap kali kita selepas solat berjemaah.


2013, aku hadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dengan tenang.

No comments: