Thursday, February 24, 2011

HUKUM DAN TIP PENGGUNA ISLAM KE ATAS FACEBOOK



Ianya diasaskan oleh seorang yang berbangsa Yahudi dan dijangkakan menyumbangkan dana kepada Israel namun tiada bukti kukuh untuk mengatakan demikian kerana bangsa Yahudi sendiri tidak menyukai facebook. Ini disebabkan facebook bebas untuk mengatakan apa sahaja termasuk menghentam bangsa Yahudi Israel itu sendiri. Maka ianya dijatuhkan sebagai harus sahaja. Walaupun harus saya suka menasihati rakan dan sahabat taulan yang menggunakan facebook agar mengambil sikap lebih berhati-berhati, justeru disarankan:

Memanipulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya

Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitive seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan latar belakang pendidikan.
Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) tanpa had. Tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Perlu diingat ia akan kekal difacebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook
Jaga aurat dan pandangan mata. Jangan memuat turun gambar yang tidak lengkap peutupan auratnya (khususnya wanita), apatah lagi yang benar-benar mendedahkan aurat.
Elakkan ghibah (mengumpat) dalam facebook kerana telah terang lagi bersuluh bahawa mengumpat yang diibaratkan memakan bangkai saudara sendiri itu haram hukumnya.
Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri sendiri dan orang lain.

Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar "suka-suka" atau sebaliknya.
Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebok, sama ada atas dasar "suka-suka" atau sebaliknya.
Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi database (pangkalan data) pihak asing samada CIA atau pun Interpool untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai malah ada satu organisasi didunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk pelbagai tujuan ktamakan dan kjahatan.


MOHD KHAIRIL IZWAN M.N."Remember that silence is sometimes the best answer"

No comments: