Sudah lama aku tidak update blog aku ni. Masa aku seharian aku cuba sibukan diri aku dengan kerja di projek ni. Aku nak coretkan pasal diri aku pertamanya. Yang pertama, pasal proses rundingan di pejabat agama tempoh hari. Pada hari tu, aku gerak awal, dalam pukul 8.30 aku dah gerak pergi, padahal dalam surat tulis pukul 11. tapi aku memang nak gerak awal, so suka hati la la yea..alasan aku mulanya aku nak g ambik bini aku di Rantau Panjang, tapi dia dah gerak dengan ummi dan abah. so gerak la aku sendirian. sesampai aku di pejabat aku lebih kurang jam 9.50. aku berehat. mesej dia, langsung tak di balas, call lagi la...aku tak tahu nak buat apa..lebih kurang jam 10.40 diorang sampai. ajak aku minum sekali. dia masih dengan sikapnya yang tidak mahu bercakap dengan aku. takkan aku nak paksa dia bercakap dengan aku kan..tapi aku buka jalan untuk kami bercakap..dia masih camtu lagi..
Tunggu punya tunggu untuk giliran prundingan, lebih kurang jam 1 petang baru kami di panggil. ramai jugak pasangan untuk dirunding. Semasa dalam proses tu, aku tak tahu fungsi pengawai agama tu. dia hanya mendengar je. langsung tak bagi pendapat or cadangan untuk kami berbaik semula..Bini aku tetap dengan keputusannya. tetap mahu berpisah dan aku tetap dengan keputusan aku tidak mahu berpisah.
\
Sejak dari hari tu, dia langsung tidak pedulikan aku lagi. Pada hari aku nak gerak balik ke sini, aku singgah jumpa dia, tetap camtu juga keadaan aku dengan dia. Hari ni, dia masih dengan sikapnya..Aku call mentua aku, macam biasa, mentua aku minta aku bersabar dan terus bersabar untuk pertahankan rumahtangga kami ni. memang aku sayangkan dia. dia isteri aku..
Aku berdoa agar dia diberi ketenangan dalam membuat keputusan untuk masa depan yang masih panjang dan penuh dengan cabaran dan dugaan.
Untuk sayang..cinta abang tidak penah pudar..
I Love u sayang..
No comments:
Post a Comment