Monday, November 12, 2012

Ceritanya begini...


Saya baru mendirikan rumahtangga..setelah bernikahseminggu , kakak di ofis mesej saya tentang malam pertama..secara tidak sengaja, isteri saya terbaca mesej-mesej tersebut yang secara tidak lansung mengaibkan dirinya.saya tidak sedar tika itu yang mesej-mesej tu salah, sebabnya kakak yang saya mesej tu boleh dikatakan solehah.seorang isteri beranak tiga.dan solat dhuna tidak penah.jadi saya anggap benda ni tak salah. Saya agak jahil sedikit tentang agama ni..Sekarang sudah masuk 2 bulan lebih hal ni berlaku..Saya sekarang sudah berubah dan tidak berkawan dengan kakak tersebut atas permintaan isteri saya dan kebaikan bersama dan saya kebetulan di tugaskan di cawangan lain.

Untuk makluman, isteri saya masih belajar di ITPA, kami tinggal berasingan. Isteri saya sudah mengadu hal ini kepada Pejabat Majlis Agama.
Saya sudah nekad untuk berubah dan hendak tamankan balik kepercayaan daripada isteri saya sekarang ni amatlah susah.

 Pejabat Majlis Agama sudah menghantar surat kepada saya untuk hadir bagi proses rundingan minggu depan..Saya sangat cintakan isteri saya dan sesekali tidak akan ceraikan isteri saya. apa harus saya buat sekarang ini untuk melembutkan hati isteri saya yang terluka disebabkan kenakalan saya yang sudah lepas itu? Mohon pakar-pakar di blog ni bagi penpadat dan pandangan? Isteri saya mohon saya lepas cara baik atau kalau saya tidak lepaskan dia, dia akan tuntut fasakh. Saya tidak mahu kedua-dua ni terjadi dalam rumahtangga kami.

1 comment:

dee said...

kuat kan semangat.proses rundingan ni selalunya amik masa berbulan 2 yakni beberapa siri kaunseling.dalam pada tu cuba pujuk isteri tu.byak menda kita boleh buat antaranya masa sembahyang mintak berikan petunjuk.byak buat solat sunat.dan baca doa pelembut nabi sulaiman dan nabi yusuf.perkara ni tak besar.apa yg akak hadapi lagi la besar sebab melibatkan kedua belah keluarga.sama2 kita doakan agar diberi petunjuk , dippermudahkan urusan dan ditetapkan hati.