Tuesday, February 19, 2013

terjada dari tidur yang lena

Dah lama aku tidak sibukan diri aku dengan blog aku ni.terabai sekian lama. Sepanjang hari sibuk dengan kerja. Masa untuk diri sendiri untuk tak terluang.Fikiran aku menjadi tak menentu. tarikh semakin hampir. Perbincangan belom dibuat. Hati aku untuk kembali kepadanya terlalu nipis. Aku tak boleh. Kehidupan aku masih panjang.

Pagi tadi aku terjada awal. aku memikirkan tentang kerjaya aku di sini. Aku tertanya-tanya pada diri aku sendiri pagi tadi, apa yang aku dapat belajar dari sini?Berapa lama aku boleh membina kerjaya aku di sini?apa kemahiran yang aku dapat di sini?terlalu banyak persoalan aku...Saat aku mikirkan hal tu, aku fikirkan juga untuk mencari kerja lain..ahhhhhhhhhhhhhh..

Sinaran hidup aku. aku tak mahu sia-siakan peluang yang dianugerahkan kepada aku. Sinarnya terlalu menyinar, membuatkan hidup aku penuh warna warni kecerian apabila ia mendekati aku. Di balik sinar itu, banyak masalah yang dihadapinya. tapi ia bijak menyembunyikan masalahnya agar aku tidak kegelapan. Hidup aku ini penuh dengan kegelapan dunia. Aku alpa dengan kehidupan ini. Aku ingin mencari kehidupan yang masa lalu, penuh dengan ketenangan, keceriaan. Mungkin sudah tiba masanya aku perlu berubah ke arah lebih baik, berhijrah, aku nak bina kehidupan baru aku dengan sinar yang sentiasa menyinari hidup aku.
Aku tidak boleh memaksa sinar cahaya itu memberi focus dan cahaya pada aku, sebab sinar itu bukan 100% milik aku lagi. Cahaya itu sangat memberi sinar pada aku.

pe yang aku tulis ni...dah dekat jam 1 pagi tapi mata belom ngatuk lagi. esok nk kerja ..

Masalah aku dengan wife aku, kesannya terlalu dalam. yang ketara, aku dah abaikan kawan-kawan aku. kawan yang dulu selalu aku contact untuk bertanya kabar. aku malu untuk menceritakan hal ini kepada mereka. biarlah rahsia..Sahabat, aku minta maaf. Bukan kemahuan aku untuk begini.




Wednesday, February 6, 2013

Kebangkitan semula

Assalam dan salam sejahtera..sudah lama aku tidak update blog ni. macam-macam hal perkara sudah berlaku. Pasal kes aku pertama kalinya aku nk cerita untuk post lagi ini. Kes aku ditangguhkan pada 3hb March depan. Dia nekad dengan keputusan dia..

Setiap kejadian telah ditetapkan olehNya, setiap daripada itu, ada hikmahnya. aku gembira dengan sinar aku sekarang ini dan aku sentiasa berdoa agar diberi peluang untuk membawa sinar itu ke tempat tinggi agar ia dapat menyinari hidup aku. 

Hari ni, sinar aku, malap untuk sementara waktu. Aku sendiri dengan tidak sengaja, dalam gurauan, aku termalapkan sinar itu. blackout sekejap. Aku dapat email surat tunjuk sebab mengapa blackout tu, rupanya sinar itu sangat lembut. tidak boleh goyang-goyang cablenya, mudah terpadam..Aku hampir menangis, takut akan kegelapan jika sinar itu tidak dapat diperbaiki. Malam ini, tidur la aku dalam kegelapan. aku cuba lelapkan mata aku, 

Aku harap, sinar itu akan muncul semula pagi esok. yang mana akan membuat aku tersenyum dan ceria kembali.